“Ramai ‘Penjilat’ Mat Saleh..” – Pelancong Luar Negara Mengemis Nak ‘Travel’, Netizen Tak Tahu Nak Adu Pada Siapa

2 Feb 2023 • 2:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika anda berjalan dan menyelusuri kawasan di tengah ibu kota seperti Bukit Bintang dan seumpamanya, pasti akan terserempak dengan pelancong luar negara yang mengemis untuk mendapatkan wang membeli tiket pulang dan makanan.

Apa yang lebih menyakitkan mata adalah apabila para pelancong ini seakan-akan tidak segan silu meminta wang daripada orang yang lalu lalang meskipun mampu untuk berjalan dan merantau ke negara orang.

Seperti satu perkongsian di Twitter ini, seorang individu telah merakam foto dan video memaparkan pasangan pelancong mat saleh yang mengemis di tepi jalan.

Dalam video itu, pasangan lelaki dan perempuan itu berselindung di sebalik payung sambil bermain telefon bimbit.

Antara persoalan yang dibangkitkan individu itu adalah ke mana aduan mengenai lambakan para pelancong yang mengemis ini dapat diadukan, adakah kepada pihak polis, DBKL ataupun Imigresen?

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendedahkan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah biasa kelihatan di kawasan itu dan meminta duit dengan cara mengemis.

image is not available

Sumber : Twitter  

Hari-hari memang di situ. Minta sedekah untuk cari duit makan dan duit flight balik. Patut minta duit bantuan dari kedutaan. Tapi minta sedekah hari-hari.

Ada juga yang memberikan idea untuk terus saja menghubungi jabatan Imigresen agar pelancong yang mengambil kesempatan seperti ini terus saja dihantar pulang ke negara masing-masing.

Malaysia kena buat undang-undang agar pelancong yang datang mestilah cukup funding. Jangan bagi duit dekat orang macam ni. Kalau diorang tertindas, suruh diorang pergi embassy sendiri.

image is not available 21 jam lalu

"Tang Mana Lawaknya?" - Pelawak Dikecam 'Rancak' Buat Lawak L*cah Di TikTok, Bimbang Ramai Pengikut Budak Sekolah