Ramai Puas Hati Lihat Bezza Halang Kereta Singapura Memotong Di Lorong Kecemasan [Video]

LocalCars
4 Jun 2025 • 4:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai rakyat biasa kita sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong dari negara jiran seperti Singapura dan mahu mereka menikmati keindahan di Malaysia.

Namun terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab apabila hadir ke negara ini dengan melakukan jenayah, melanggar undang-undang negara, mengunakan minyak petrol subsidi dan banyak lagi.

Perkara ini adalah tidak baik selain boleh mencetuskan ketegangan di antara rakyat kedua-dua negara ini.

Walhal kita sepatutnya menjadi masyarakat yang saling mendukung untuk kemajuan negara antara satu sama lain.

Pemandu Singapura selamba nak guna lorong kecemasan di lebuh raya jadi perhatian

Baru-baru ini, sebuah kenderaan bernombor plat pendaftaran Singapura sekali lagi menjadi perhatian dengan tindakan tidak wajarnya sewaktu menggunakan lebuh raya di negara ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Abam Sado di TikTok, awalnya kelihatan sebuah kereta nombor plat Singapura jenama Mazda sedang berada di lorong paling kiri.

Kereta itu dipercayai berada di sebuah lebuh raya PLUS namun tidak dapat dipastikan arah Utara-Selatan atau sebaliknya.

Masuk ke lorong kecemasan tanpa beri lampu isyarat

Namun tidak lama kemudian kereta Mazda berwarna kelabu itu secara tiba-tiba telah menukar laluannya dan masuk ke lorong kecemasan tanpa menyalakan lampu isyaratnya.

Tindakan pemandu Mazda berkenaan masuk ke lorong kecemasan dipercayai kerana ingin memotong melalui laluan tersebut.

Menyedari sikap tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan, sebuah kereta Perodua Bezza berwarna silver yang berada di bahagian hadapan dengan segera menghalang laluan Mazda itu.

@abamsado1988 terbaik owner bezza 🫡,kasi ajar sikit itu orang Singapura mcm mna nk bawak kereta di highway plus #fyp #foryoupage ♬ TRIUMPH – Sped Up – FanEOne & grass flower & GANG

Bezza segera bertindak halang pemandu Singapura guna lorong kecemasan

Sebaik sahaja dihalang oleh Bezza terbabit, kelihatan kereta Mazda itu masuk semula ke lorong kiri dan berjalan mengikuti laluan tersebut.

“Terbaik pemilik Bezza, kasi ajar sikit itu orang Singapura macam mana nak bawa kereta di Lebuhraya Plus,” katan Abam Sado.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berpuas hati melihat tindakan kereta Bezza berkenaan kepada pemandu Singapura tersebut.

Malah ada yang berpendapat, pemandu itu hanya berani melakukan perkara seperti itu ketika di Malaysia namun tidak di negara sendiri.

Tidak kurang juga ada mendakwa mereka sering melihat kenderaan berpendaftaran negara berkenaan selalu menggunakan laluan kecemasan ketika berada di lebuh raya.

Ada yang tertanya sekiranya laluan tersebut adalah lorong ‘smart lane’ namun seorang pengguna yang kerap menggunakan PLUS menafikannya.

Berikut komen netizen:

“Terbaik bro, saya kalau ada dekat situ saya sertai bro belah kanan dia”

image is not available

“Dekat Singapura tak berani buat macam ni”

image is not available

“Wei puas hati, awal-awal motor tu dah bising-bising juga tu. Sekali Bezza pun masuk ngam”

image is not available

“Type Singapura ni datang Johor Bahru ke negeri dasyat ia, terutama berebut parkir waktu memandu”

image is not available