Ramai Puji Hael Husaini Dikenali Jenama Antarabangsa, Tapi Ada Yang Pertikai Sebab Foto Terlalu ‘Mengundang’?

2 Feb 2024 • 8:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi, Hael Husaini ada memuat naik satu gambar yang memperagakan baju jenama antarabangsa, Dolce & Gabbana telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rakan artis.

Menerusi gambar di Instagram itu, Hael dilihat menggayakan busana tapi menampakkan bahagian dadanya.

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, rakan-rakan artis ramai yang puji Hael apabila namanya telah dikenali jenama-jenama terkenal. Dahlah antarabangsa punya pula tu!

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertikaikan kenapa ramai yang memuji gambar seperti itu.

Tak faham dengan beratus komen macam best je tayang tetek mcm tu, tang mana sexy nya. Pelik baca komen, bila minat gambar ala lucah pun ok sexy, kalau tak suka sikit silap terus caci.

Rakan-rakan artis bukan main puji lagi.

Bukan tu jer, ada juga yang samakannya dengan isu Faizal Tahir yang kena ’banned’ dari membuat kemunculan di industri seni kerana dia membuka baju ketika persembahan 14 tahun lepas. Apa pandangan korang?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.