Ramai Puji Insiatif The Coffee Bean & Tea Leaf Buat Promosi Diskaun 20% Raikan Ibu Menyusu

Family & ParentingSales & Promo
4 Aug 2026 • 2:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan proses penyusuan bayi bukanlah satu perkara yang mudah buat si ibu. Tidak kiralah menyusu badan mahupun formula kedua-duanya ada cabaran tersendiri.

CBTL tampil promosi diskaun 20% sempena Hari Menyusu Badan Seluruh dunia

Bagi menghargai pengorbanan itu, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) menjadi perhatian ramai apabila membuat promosi diskaun 20% bagi jumlah dalam satu resit bagi meraikan Hari Menyusu Badan Sedunia.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Ketua Pengurus CBTL, Datuk M. Amar Shah Abdul Aziz di Threads promosi diskaun itu berlangsung di seluruh cawangan di Semenanjung Malaysia bermula 3 hingga 7 Ogos.

“Kepada semua ibu yang menyusu. Terima kasih untuk kasih sayang, kekuatan, kesabaran, dan pengorbanan yang tak terkira dilakukan setiap hari. Kami melihat anda, dan kami menghargainya.

“Bersempena dengan Minggu Menyusu Badan Sedunia, nikmati diskaun 20% jumlah bil di semua cawangan kafe Coffee Bean & Tea Leaf di Semenanjung Malaysia daripada 3-7 Ogos 2026.

“Berikan ganjaran pada diri anda dengan minuman dan makanan kegemaran. Anda layak untuk setiap momen ini,” katanya.

Cara untuk nikmati diskaun

Menerusi poster yang dikongsikan, para ibu perlu menunjukkan buku pink di kaunter bayaran.

Promosi itu kemudiannya mendapat perhatian netizen apabila ramai yang gembira namun ada segelintir yang merasakan mereka tidak boleh menikmati diskaun berkenaan kerana tidak menyusu badan.

View on Threads

Diskaun boleh dinikmati oleh setiap ibu yang ada anak bawah lima tahun, tidak kisah anak susu badan, formula atau kedua-duanya

Amar kemudiannya memberi respon dengan mengatakan semua ibu boleh menikmati diskaun tersebut tidak kiralah anak mereka menyusu badan, formula atau kedua-duanya.

“Walaupun promosi ini ditujukan kepada ibu yang menyusukan bayi, kami tidak berniat untuk menilai sama ada anda memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif, susu formula atau kedua-duanya.

“Sekiranya anda adalah seorang ibu yang memiliki anak kecil berusia lima tahun dan ke bawah yang masih menyusu, kami bersikap fleksibel. Beritahu sahaja kepada pasukan kami.

“Niat kami lahir daripada hati yang ikhlas kerana kami sekadara mahu meraikan dan menghargai anda (para ibu),” katanya.

View on Threads

Ramai lega dan puji insiatif untuk hargai pengorbanan ibu

Respon Ketua Pengurus CBTL itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai berasa lega serta memuji insiatif tersebut yang mahu meraikan semua golongan ibu.

Malah ramai terkejut serta gembira kerana berpeluang untuk menikmati diskaun tersebut meskipun anak mereka berusia 5 tahun.

Selain itu, ada juga yang memberikan maklum balas mengatakan minuman di CBTL membantu dalam memperbanyakkan susu dan ia mungkin juga disebabkan mood yang gembira atau sebagainya.

“Terima kasih untuk penjelasan. Saya hargai fleksibeliti dan perhatian di sebalik kempen ini. Ia menyentuh hati apabila mengetahui matlamatnya adalah hanya mahu menghargai dan meraikan para ibu, tidak kira apa jua perjalanan mereka. Semoga kempen ini berjaya.”

Image from: Ramai Puji Insiatif The Coffee Bean & Tea Leaf Buat Promosi Diskaun 20% Raikan Ibu Menyusu

“Semalam kecewa, hari ni happy. Anak kecil saya berusia 2 tahun dan sudah tidak lagi menyusu badan tetapi masih menyusu susu formula.”

Image from: Ramai Puji Insiatif The Coffee Bean & Tea Leaf Buat Promosi Diskaun 20% Raikan Ibu Menyusu

“Awak memang level yang lain Datuk Amar Shah! Saya harap semua staf baca ini.”

Image from: Ramai Puji Insiatif The Coffee Bean & Tea Leaf Buat Promosi Diskaun 20% Raikan Ibu Menyusu

“Mungkin cuma saya, tetapi sejak saya mula minum kopi, saya menyedari bekalan susu saya semakin baik. Terima kasih.”

Image from: Ramai Puji Insiatif The Coffee Bean & Tea Leaf Buat Promosi Diskaun 20% Raikan Ibu Menyusu
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved