Ramai Puji Lihat Peniaga Kantin Sediakan Makanan RMT Dengan Nutrisi Yang Lengkap Ikut Saranan KPM & KKM

LocalFood
6 Aug 2026 • 1:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu bapa pastinya mahu anak-anak yang berada di sekolah mendapat makanan dengan nutrisi yang cukup. Oleh itu, ia pastinya memerlukan kerjasama dengan pihak pengurusan atau peniaga kantin sekolah dalam menyediakan makanan tersebut.

Abang kantin kongsi menu untuk RMT raih perhatian

Terbaharu seorang peniaga kantin sekolah, Kerool Zamhuri atau turut dikenali sebagai Abang Kantin Sekolah telah berkongsi menu yang cukup dengan nutrisi lengkap buat pelajar bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Kerool di Threads, kelihatan dia dan pekerja telah menyediakan nasi bersama lauk-pauk buat pelajar RMT di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan, Perak.

Menu dihidang cukup dengan nutrisi lengkap

Dalam hantaran tersebut kelihatan pihak kantin sekolah itu menyediakan makanan seperti:

  • Nasi putih seberat 100 gram (g)
  • Kuah paprik
  • Ayam goreng 50g
  • Lobak merah 10g
  • Kacang panjang 10g
  • Minyak dua sudu
  • Tembikai satu potong

Apa yang menarik, makanan tersebut tidak hanya dilihat menyelerakan bahkan pihak kantin juga menyediakan setiap makanan untuk pelajar RMT dengan jumlah nutrisi yang lengkap dan bersesuaian dengan kanak-kanak.

Ramai puji dan kagum dengan makanan disediakan, cantik dan menarik perhatian pelajar

Perkongsian Kerool itu turut mendapat perhatian ramai yang kagum dengan penyediaan makanan tersebut.

Malah mereka turut menyusun dalam bekas makanan dengan cantik untuk menarik minat pelajar menikmati makanan tersebut.

Ada juga yang seronok kerana dapat melihat anak-anak kecil membesar dengan menikmati makanan berkhasiat bagi RMT yang berharga RM3.50 untuk seorang.

View on Threads

Sediakan setiap makanan mengikut ketetapan daripada KKM & KPM

Terdapat pengguna yang bertanya adakah porsi mengikut gram adalah spek daripada sekolah atau sebaliknya?

Kerool menjawab said hidangan mengikut gram yang dibuatnya itu mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerool juga menjelaskan menu seperti yang ditunjukkan tidak hanya disediakan untuk pelajar RMT tetapi turut ada untuk pelajar biasa.

Ada juga yang menyoal mengapa makanan tersebut tidak diletakkan di dalam pinggan berbanding bekas, Kerool memaklumkan dia mahu menjaga kebersihan makanan dan lebih memilih kepada bekas yang mempunyai penutup.

Selain itu, beliau juga menerima cadangan orang ramai untuk menghidang makanan tersebut di dalam tray bagi memudahkan kerja pembasuhan, namun katanya dia mempunyai perancangan itu tetapi masih mencari bekas tray yang bertutup untuk menjaga kebersihan makanan.

Menerusi semakan kami, Kerool sering berkongsi menu-menu RMT yang disediakan di sekolahnya dan semuanya kelihatan menarik dan enak belaka serta lengkap dengan sayur-sayuran.

Contohnya bagi menu hari ini (6 Ogos), pihak kantin menyediakan:

  • Nasi goreng cina 100g
  • Isi ayam 50g
  • Telur (pecah dalam nasi) 25g
  • Lobak merah 10g
  • Kobis 30g
  • Kacang panjang 30g
  • Minyak (menumis) 2 sudu
  • Epal (ditukar dengan tembikai) 2 potong
View on Threads
View on Threads
View on Threads

Berikut adalah komen netizen:

“Alhamdulillah bila amanah diberi pada orang yang tepat”

Image from: Ramai Puji Lihat Peniaga Kantin Sediakan Makanan RMT Dengan Nutrisi Yang Lengkap Ikut Saranan KPM & KKM

“Seronoknya kita mak-mak tengok lauk macam ni untuk anak-anak tengah membesar. Doa banyak-banyak kaya-raya rezeki tak putus untuk abang kantin.”

Image from: Ramai Puji Lihat Peniaga Kantin Sediakan Makanan RMT Dengan Nutrisi Yang Lengkap Ikut Saranan KPM & KKM

“Cantiknya. Semoga yang makan ni semua jadi anak soleh dan solehah, beriman, dan taat pada perintah Allah SWT”

Image from: Ramai Puji Lihat Peniaga Kantin Sediakan Makanan RMT Dengan Nutrisi Yang Lengkap Ikut Saranan KPM & KKM
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved