Ramai Puji Pakcik OKU Tak Jadikan Kekurangan Sebagai Alasan, Gigih Bina Reban Ayam [Video]

LocalEntertainment
22 Nov 2024 • 10:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Individu yang lahir dengan kekurangan atau turut digelar Orang Kurang Upaya (OKU) sering menjadi inspirasi buat orang ramai.

Ini kerana meskipun mempunyai kekurangan namun mereka mampu melakukan sesuatu perkara lebih baik dan rajin.

Pakcik OKU raih perhatian ramai, walau ada kekurangan fizikal namun mampu bekerja kuat

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pakcik yang dikenali sebagai Abang Aziz Kasawari di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pakcik Aziz, kelihatan dia seorang OKU yang mempunyai kecacatan pada tangan serta kaki. Namun dalam keadaan itu dia mampu bertukang sama seperti orang lain.

Tunjuk proses bina reban ayam

Dalam video tersebut pakcik Aziz menunjukkan proses dia membina reban ayam satu persatu. Kelihatan awalnya dia mengukur besi dipercayai sebagai rangka reban berkenaan dan menandakannya.

Dia kemudian memotong besi tersebut menggunakan alat pemotong besi, serta menggunakan tukul besi untuk membentukkan besi berkenaan.

Tidak lama selepas itu dia menunjukkan hasil kerjanya iaitu reban ayam 2 tingkat.

Buat pelbagai perkara, dan boleh baiki kereta sendiri, ramai kagum dengan semangat pakcik ini

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan pakcik Aziz ini melakukan pelbagai perkara seperti menjual minyak ayam selasih, membaiki kereta, menjadi DJ serta banyak lagi.

Melihat di ruangan komen, video yang dikongsikan oleh pakcik Aziz telah memberikan inspirasi dan semangat kepada orang ramai untuk berusaha lebih keras lagi dalam kehidupan mereka.

Malah ada juga yang ingin memberi tajaan alat pelindung mata kerana melihat pakcik itu memotong besi tanpa memakai goggle.

Ada juga yang memuji dia seorang insan yang hebat dan reban yang dihasilkan juga cantik serta kemas.

“Wahai orang yang malas bekerja tengok pakcik ni, serba kekurangan tapi rajin alhamdulillah. Semoga berjaya selalu pakcik”

image is not available

“Ini baru dikatakan dia tahu titik kuat dan lemah diri dia, dan dia letak kekuatan pada akal. Terbaik bang”

image is not available

“Tahniah bang.. saya yang sihat ni pun asyik bertangguh nak buat reban ayam. Itu pun belum tentu jadi lagi. Tapi tengok video TikTok abang buat saya bersemangat dan tersentuh.”

image is not available