
Kemalangan langgar lari bukanlah perkara yang asing lagi berlaku di atas jalan raya, bahkan sehingga hari ini ia masih terjadi termasuk di Malaysia.
Apa yang lebih menjengkelkan segelintir dari mereka yang melakukan perbuatan tersebut dilihat langsung tidak mempunyai sifat empati apabila hanya membiarkan mangsa selepas kemalangan berlaku.
Pun begitu, tidak semua pemandu atau penunggang motosikal yang bersikap sebegitu, ada yang bertindak berhenti dan bertanggungjawab.
Rider tak lari lepas langgar cermin sisi Myvi
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal bertanggungjawab selepas terlanggar cermin sisi sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @khairul1987, kejadian terbabit berlaku di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah persimpangan jalan.
Dalam rakaman itu, penunggang lelaki berkenaan terlanggar ‘side mirror’ Myvi sewaktu menyelit di antara kenderaan tersebut bersama sebuah lagi kereta jenis Proton Waja.
Rider berhenti betulkan cermin sisi, siap minta maaf
Apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan murni yang dilakukan oleh lelaki itu yang tidak melarikan diri selepas kejadian.
Penunggang motosikal terbabit terus berhenti dan membetulkan semula cermin sisi kereta Myvi itu yang telah ‘terkepak’ ke belakang.
Malah penunggang berkenaan juga dilihat cuba menerangkan kepada pemandu Myvi berkenaan tentang apa yang berlaku serta meminta maaf.
Tapi tu la.. Myvi AV tu..side mirror auto flip, kalau dah terkehel adjust manual mcm tu tak rosak ke..pape2 terbaik abg rider tu mintak maaf..#kekandalori #abglorisidecurtain #abglorijajan #abglorihino #fypシ゚viral #foryoupagе #abglori #janganmenekan2sangat #abglorimalaysia #hati2dijalanraya #fypviralシ #foryoupagе #abgloritiktok #abgloritiktokers #fyp #fypシ゚
Netizen pakat puji rider berani mengaku salah dan minta maaf
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap penunggang terbabit kerana tidak melarikan diri dan berani mengakui kesalahannya selain bertindak membetulkan semula cermin sisi Myvi itu.
Malah, mereka turut menyatakan bahawa tindakan sedemikian boleh menyejukkan hati pemandu kereta yang menjadi mangsa.
Tidak kurang juga segelintir pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama dilalui mereka.




Source:



