Ramai Puji Sekolah Rendah Anjur Program Pendedahan Tentang Haid Buat Pelajar Perempuan [Video]

Family & Parenting
27 Oct 2025 • 4:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Selain perubahan pada bentuk tubuh badan, datang haid atau period buat pertama kali juga merupakan antara tanda fasa akil baligh bagi kanak-kanak perempuan.

Bagi kebanyakan remaja yang pertama kali berhadapan situasi begini, pelbagai perasaan yang timbul antaranya seperti keliru, panik, takut malah buntu sampai tak tahu nak buat apa.

Namun, ada yang mengambil inisiatif dengan mempelajari sendiri atau membuat rujukan daripada orang terdekat seperti keluarga khususnya ibu.

Pun begitu, ada juga yang mungkin malu untuk mendapatkan ilmu tentang haid ini hingga kadangkala keliru dengan tindakan yang harus dibuat.

Menyedari tentang kepentingan ilmu sebegini, ada sekolah yang dilihat telah menjalankan program khas bersama pelajar bagi memberi pengetahuan tentang akil baligh.

Program Khas Bersama Pelajar Perempuan, Ajar Cara Betul Tentang Pemakaian Tuala Wanita

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita sedang mengajar sekumpulan pelajar perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @iwanaaisyahabhalim, kelihatan tenaga pengajar wanita yang dikenali sebagai Ustazah Iwana Aisyah sedang memberi taklimat kepada seorang pelajar perempuan yang pada ketika itu sedang berdiri di hadapan pelajar lain.

Apa yang menjadi perhatian adalah penerangannya adalah berkisahkan tentang cara pemakaian sebenar tuala wanita.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat tenaga pengajar berkenaan memegang seluar dalam serta tuala wanita untuk ditunjukkan kepada murid berkenaan.

“Awak lekatkan pada bahagian tengah. Tapi sebelum itu, macam mana nak bezakan yang mana hadapan atau belakang?

“Kita tengok pada kelebaran dia, kalau dia lebar sedikit, dia duduk belakang, kalau yang kecil duduk bahagian hadapan,” terangnya.

Difahamkan, sesi pembelajaran itu merupakan program khas yang dikenali sebagai Program Saya Dah Baligh yang dianjurkan oleh sebuah sekolah rendah dengan kerjasama tenaga pengajar terbabit yang juga merupakan seorang penulis buku.

Bukan Hanya Sekadar Pemakaian Tuala Wanita Dengan Betul, Banyak Ilmu Lain Yang Turut Diterapkan

Menariknya, program yang terbuka kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 12 tahun ini bukan hanya sekadar mengajar cara pemakaian tuala wanita dengan betul.

Sebaliknya, banyak ilmu lain yang turut dikongsikan sebagai panduan buat mereka apabila telah mencapai akil baligh nanti.

Antara ilmu yang bakal diajar adalah seperti:

  • Pemahaman tentang darah haid
  • Cara mandi wajib dengan betul
  • Cara mengira hari haid
  • Cara solat selepas habis haid
  • Adab, aurat dan sebagainya.

image is not available

Menerusi hantaran berasingan, program itu dilihat bukan hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja malah turut dianjurkan di masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menjemput tenaga pengajar terbabit bagi menyampaikan ilmu yang sama.

image is not available

@iwanaaisyahabhalim

Replying to @plushyzinn Betul sangat 😭 Saya setuju. Dorang untung sebab dapt bimbingan awal 🥹🫶🏻

♬ original sound – Iwana Aisyah – Iwana Aisyah

Tonton video penuh [DI SINI]

@iwanaaisyahabhalim

Replying to @nuryanna Betul sangat! Kita perlu bagi pendedahan awal pada mereka sebelum mereka cari atau baca dari sumber yang salah 🥺

♬ original sound – Iwana Aisyah – Iwana Aisyah

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Teruja Dengan Program Sebegitu, Bantu Pelajar Perempuan Faham Tentang Akil Baligh

Video yang telah mendapat lebih 157,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji program berkenaan dalam memberi pemahaman sebenar tentang akil baligh kepada kanak-kanak perempuan.

Malah, majoritinya berpendapat program sebegitu amat bagus dan mahu penganjurannya diperluas kepada lebih banyak sekolah di Malaysia.

Pada masa sama, ada pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka apabila institusi pendidikan masing-masing turut menganjurkan program serupa.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Sekolahku Dulu Tak Ada Belajar Gini, Baguslah Ada Pendedahan Gini, Dulu Pertama Kali Period Nak Pakai Pad Pun Tak Pandai”

image is not available

“Bagusnya! Dulu Tak Ada Macam Ini”

image is not available

“Tolong La Cadang Dekat Semua Sekolah Buat Program Macam Ini, Sangat Bermanfaat”

image is not available

“Bagi Saya Program Ini Amat Wajar, Sebab Sekarang Anak-Anak 10 Tahun & 11 Tahun Pun Dah Datang Period”

image is not available

“Dulu Saya Tahu Sendiri Dari Media Sosial & Tanya Ustazah Paling Rapat Dekat Sekolah, Adik-Adik Ini Sangat Beruntung”

image is not available

Source: