“Ramai Salah Anggap..” – Dr Rafidah Nafi Tuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia

Politics
3 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah menegur video masak pempengaruh terkenal, Khairul Aming terlalu banyak minyak baru-baru ini, Dr Rafidah telah menerima kritikan yang hebat daripada kalangan netizen di media sosial.

Rata-rata netizen mengambil teguran Dr Rafidah tersebut daripada aspek negatif, dimana ramai berpendapat dia tidak perlu untuk meninggalkan komen sedemikian.

Sedar teguran telah disalah erti, Dr Rafidah tampil memohon maaf di Twitter jika teguran mengenai masakan Khairul Aming itu dianggap seakan-akan menuduh punca masalah kesihatan rakyat Malaysia.

Menurut Dr Rafidah, dia sekadar memberi pandangan dari sudut profesional saja kerana ia merupakan tanggungjawabnya untuk mengambil berat tentang kesihatan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa syukur kerana sekarang ini ramai sudah tahu bahawa lauk sambal mempunyai kalori yang sangat banyak dan hanya boleh makan dalam kuantiti sedikit saja.

image is not available 2 hari lalu

"Banyak Sangat Minyak Ni.." - Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak