
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bergelar seorang pendidik atau guru bukanlah satu pekerjaan yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan.
Malah mereka yang bergelar guru ini turut diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri kerana demi memberikan ilmu mereka juga berkorban asalkan anak bangsa menjadi insan berguna dan berjaya.
Seperti pekerjaan lain mereka juga berjuang dalam memastikan setiap anak didik berada dalam keadaan selesa serta selamat sepanjang berada di sekolah mahupun luar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hidap Kanser Limfoma & 22 Kali Kemoterapi, Wanita Tak Putus Asa Tamatkan Pelajaran Jadi Cikgu [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guna Teknik ‘Chant’ Untuk Mengeja, Ramai Puji Cara Cikgu Ajar Murid [Video]
Cikgu sanggup gunakan kanvas untuk payung pelajar
Perkara sama turut dilakukan oleh para pendidik di sebuah sekolah rendah ini apabila mereka sanggup memayungi anak-anak murid asalkan tidak terkena hujan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Chunghaeart di TikTok, awalnya kelihatan anak murid sedang berhimpun di dewan Sekolah Kebangsaan Bebuloh di Labuan.
Keadaan cuaca pada ketika itu hujan lebat dan dipercayai menyebabkan para pelajar tersangkut dan tidak dapat ke kelas masing-masing.
Perkara itu disebabkan tiada laluan berbumbung yang menyambungkan bangunan sekolah dengan dewan terbabit.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Disiplin Siap Sediakan Snek, Stokin & Makanan Untuk Santuni Pelajar Raih Perhatian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu Zaman Sekarang Kreatif”- Guru Ubah Lagu Hael Husaini Untuk Subjek Sains [Video]
Dipercayai mahu pelajar selesa dan untuk keselamatan
Namun cikgu-cikgu di sekolah tersebut tidak menjadikan cuaca itu sebagai alasan untuk anak murid mereka tidak dapat ke kelas untuk belajar.
Sebaliknya kelihatan guru-guru berkenaan menggunakan satu kanvas besar yang dijadikan payung untuk membawa anak murid dipercayai pulang ke kelas mereka.
Perkara itu dilakukan oleh guru-guru terbabit kerana tidak mahu anak murid kesayangan mereka terkena hujan yang seterusnya mungkin akan mengundang rasa tidak selesa apabila sesi pembelajaran berlangsung.
Turut kelihatan para pelajar berjalan di bawah kanvas berkenaan sehingga sampai ke bangunan yang berbumbung.
Terima Kasih Cikgu 😊🫶🏼 #creatorsearchinsights #fy #fyp #victoriaisland #wilayahpersekutuanlabuan
Ramai puji dan sebak lihat pengorbanan guru
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji pengorbanan para guru dalam video tersebut.
Malah ada juga yang mengatakan disebabkan kebaikan guru-guru mereka sewaktu bersekolah dahulu menjadi pendukung atau sebab mereka menjadi cikgu.
Tak kurang juga ada yang berharap dengan tularnya mengenai sekolah tersebut, ia mungkin akan mendapat bantuan untuk penambahbaikan seperti bumbung yang disambung terus ke dewan sekolah.
Ada juga yang sebak melihat pengorbanan guru yang sanggup melakukan apa sahaja demi pelajar-pelajarnya.
“Bila menjadi seorang guru, baru saya sedar kehidupan sebenar ‘ada kehidupan yang lagi susah dari kita.’ Semakin lama semakin bersyukur dalam kehidupan ini”

“Betullah, kerja paling mulia adalah guru”

“Terima kasih cikgu baik! Semoga selalu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sentiasa”

“Seorang guru sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak didiknya. Sekiranya guru tersebut ikhlas dalam mendidik”





