Ramai Sedang Membuat Persiapan Raya, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Pasang Pelita – “Tengok Apa Maksud & Tujuan..”

8 Apr 2024 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya, umat Islam di seluruh dunia pasti sedang membuat persiapan seperti memasak juadah raya, mengemas dan menghias rumah bagi memeriahkan lagi suasana di hari perayaan tersebut.

Hukum pasang pelita

Sudah menjadi tradisi masyarakat Melayu untuk memasang pelita di perkarangan rumah sempena Aidilfitri. Namun begitu, timbul persoalan di mana ada yang mempersoal hukum memasang pelita.

Menjawab pertanyaan tersebut, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum memasang pelita. Katanya, setiap perkara yang tidak dinyatakan tentang suruhan atau larangan daripada Nabi Muhammad SAW, maka ianya bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan.

Kalau pasang pelita raya supaya cerah laluan ke rumah, tak ada masalah.

 

Jika mahu menceriakan suasana dan melihat rumah cantik, hukumnya harus.

 

Kalau tujuannya tengok orang kafir buat dan nak ikut, itu haram.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

"Tiada Niat Nak Perlekeh Atau Hina" - Isu Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Jenama Vern's Beri Penjelasan