Ramai seronok lihat pak cik bisu rancak ‘borak’ bila tahu peniaga boleh berbahasa isyarat

LocalEntertainment
16 Feb 2025 • 7:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ramai seronok lihat pak cik bisu

Orang ramai seronok lihat pak cik bisu dan pekak rancak berborak dengan peniaga di kedai aksesori kenderaan dengan menggunakan bahasa isyarat.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai faiz_superior apabila memuat naik momen sewaktu mendekati seorang lelaki yang hanya berdiam diri dan hanya melihat barang-barang yang ada di kedai berkenaan.

Ramai seronok lihat pak cik bisu & pekak berborak lepas ditegur

Menerusi kenyataan yang disertakan, lelaki terbabit pada awalnya datang meninjau-ninjau barang yang dijual di kedai tersebut, namun hanya berdiam diri apabila ditanya oleh staf yang ada disitu.

Berasa seakan ada yang tidak kena dengan lelaki tersebut, pengguna TikTok telah menghampirinya dan mencuba menggunakan bahasa isyarat untuk memulakan perbualan.

image is not available

Ramai seronok lihat pak cik bisu & pekak tanya tentang motosikal

Ternyata lelaki itu merupakan insan kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu dan bermulalah momen mereka saling berborak menggunakan bahasa isyarat.

Selepas mengetahui ada yang boleh berbahasa isyarat, lelaki OKU itu mulai selesa dan terus bertanya lebih lanjut berkenaan aksesori motosikal kerana mahu mencantikkan kenderaan miliknya itu.

image is not available

Tersenyum-senyum tengok video ni

Perkongsian tersebut telah mendapat tontonan lebih dari 1 juta viewers selepas sehari ia dimuat naik.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa seronok melihat pak cik tersebut rancak berborak menggunakan bahasa isyarat selepas mengetahui bahawa ada yang faham akan apa yang ingin ditanyakan.

image is not available

Terima kasih bang!

image is not available

Semoga urusan abang dipermudah sebab bantu pak cik tu

image is not available

Nampaknya bahasa isyarat perlu diperluas

image is not available

Semoga lebih ramai yang mempelajari bahasa isyarat agar mereka yang istimewa dapat berkomunikasi dengan lebih mudah bersama orang disekeliling.

Sumber: TikTok faiz_superior