Ramai Tak Lepas Sebab Tak Penuhi Syarat JPJ

LocalCars
2 Oct 2024 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, ramai individu yang memohon lesen B penuh dikatakan tidak berjaya kerana tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan institut latihan memandu swasta kepada akhbar Utusan Malaysia

Antara punca pemohon gagal mendapatkan lesen B Penuh adalah disebabkan tidak me­menuhi syarat seperti lewat memperbaharui geran dan insurans selain masih belum cukup 10 tahun.

“Sebenarnya, mereka yang berminat boleh memeriksa kelayakan menerusi portal MyJPJ,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, sekiranya sya­rat-syarat itu dilonggarkan namun tidak meminggirkan keselamatan pemohon mungkin akan menambah bilangan yang layak.

image is not available

“Setakat hari ini sudah lebih 30 orang ini menunjukkan ramai yang berminat,” katanya.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan bahawa pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula semalam.

Jika anda berminat untuk memohon lesen B Penuh, berikut adalah syaratnya:

• Lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM).

• Bayar kos yuran sebanyak RM160 berbanding RM900 sebelum ini.

• Jalani program amali penunggangan motosikal berkuasa tinggi selama 2 jam.

• Dapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.

Antara syarat lain ialah:

Pemohon bebas daripada sebarang senarai hitam.

• Tiada tunggakan saman.

• Tiada ekatan urus niaga

• Tiada rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).