
Sesiapa yang belum buat e-filing, jangan lupa untuk buat sekarang
Ramai Tak Lepas Syarat Bantuan eMadani, Ini Cara Anda Buat Cukai Pendapatan. Berita mengenai bantuan eMadani yang diberikan oleh kerajaan sememangnya satu berita baik buat warganegara Malaysia.
Bantuan sebanyak RM100 ini dikredit secara one off. Mereka yang layak boleh menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-wallet seperti MAE, Setel, Shopee Pay dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun ada juga permohonan ditolak atas alasan tidak menepati syarat, dan salah satunya tiada rekod cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk tahun 2022.
Info ini dipetik dari video Tiktok milik @eizuwan bertujuan memberi panduan kepada mereka yang membuat cukai pendapatan (e-filing) sendiri.
Tiap tahun harus buat e-filing
- Log masuk ke laman web mytax.hasil.gov.my
- Masukkan maklumat anda pilih salah satu (No kad pengenalan/ No passport/ No tentera/ No polis)
- Menerusi dashboard, tekan e-filing
- Kemudian tekan e-borang (individu pemastautin)
- jika anda tidak bekerja, anda isi di e-BE, manakala yang bekerja isi e-B dan boleh scroll sampai bawah untuk pilih mana yang sesuai.
- Pilih tahun
- Kemudian isi maklumat yang diminta ikut maklumat yang majikan bagi (Borang EA atau EC). Lengkapkan borang tersebut dan klik hantar.
@eizuwan Sebab eMADANI ditolak atau Application Rejected #eizuwan #fulamak #learnontiktok #addyours #longervideos #mydigitalid #emadani ♬ Electro Swing Jazz – Retro, strange, mysterious(1137053) – Ponetto
Kebiasaannya, anda akan didaftar secara automatik oleh majikan anda (untuk syarikat swasta) dan gaji anda akau dipotong secara automatik untuk membayar cukai pendapatan anda.
Untuk ketahui lebih terperinci, anda juga boleh baca pautan ini:


