Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Nombor 6, Ini Penjelasan Juri Tetap

Music
29 Nov 2022 • 2:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hazrul Nizam - Gambar ihsan Astro

Kecoh di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan kedudukan penyanyi yang berasal dari Singapura iaitu Hazrul Nizam apabila sekadar mendapat tempat keenam di konsert akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Ahad lepas.

Hazrul telah membuat persembahan solo menerusi lagu 'Terlanjur Cinta' dendangan asal Hael Husaini dan Cakra Khan yang telah digabung bersama lagu 'Crazy' dari Gnarles Barkly. Manakala untuk pusingan ‘battle’ bersama Bob Yusof pula, mereka telah menyampaikan lagu lagu 'Ice Ice Baby' dari Vanilla Ice dan Swipe dari Alyph. 

image is not available
Hazrul Nizam dan Bob dalam segment 'Battle'

Menerusi persembahan yang diberikan pada malam  akhir GV9 itu, ramai yang menjangkakan Hazrul bakal mendapat tempat yang lebih tinggi. Namun, dia sekadar mengumpul markah keseluruhan sebanyak 69.75 perarts berbanding kumpulan VE yang berada di tempat kelima dengan markah keseluruhan berjumlah 72.39 peratus. 

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, keputusan kedudukan setiap peserta pada adalah sebulat suara dari semua juri. Dan punca Hazrul mendapat tempat keenam ialah kerana markahnya untuk pusingan ‘battle’ agak sedikit berbanding peserta lain.

“Rap dia pada saya jika nak dibandingkan dengan Bob, Bob lebih baik. Jadi markah rap dia sangat rendah. Untuk nyanyian solo dia bagus. 

“Kalau dibandingkan dengan kumpulan VE, untuk pusingan ‘battle’ markah mereka agak tinggi. Untuk persembahan solo pula sangat stabil pada malam ini,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert akhir GV9.

image is not available
Barisan juri tetap

Sementara itu bagi seorang lagi juri iaitu Datuk Syafinaz, dia menegaskan bahawa mereka hanya menilai persembahan peserta di peringkat akhir sahaja. Persembahan-persembahan dari konsert terdahulu tidak diambil kira.

“Ini bukan tentang progres setiap minggu. Ia tentang apa yang mereka persembahkan pada malam ini sahaja. 

“Mereka semua boleh menyanyi dan mereka semua pernah berada di kedudukan nombor satu hingga enam. Graf persembahan mereka berubah-ubah. Jac sendiri pernah berada di tangga keenam. 

“Kita bukan sahaja menjuri pada vokal, tetapi apa yang mereka hidangkan pada malam ini,” katanya. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kerjaya kalian lebih bersinar dan berjaya selepas ini. – Getaran, 29 November 2022