Ramai Tak Tahu, 5 Kandungan Dalam ‘Skincare’ Ini Sebenarnya Bahaya Untuk Ibu Mengandung

Beauty
3 Nov 2022 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita sememangnya mengambil berat apabila berkaitan dengan kulit wajah mereka tetapi untuk wanita hamil, sebenarnya banyak kriteria yang perlu diketahui dan tidak boleh sebarangan mengambilnya.

Tidak semua kandungan skin care boleh diguna untuk ibu yang sedang hamil dan mempunyai risiko menganggu pertumbuhan janin jika menggunakannya.

Dibawah, kami akan kongsikan 5 kandungan skincare yang sangat bahaya untuk ibu hamil tapi ramai yang tidak tahu.

1. BHA/salicylic acid

image is not available

Selalunya kandungan ini dapat dilihat dalam toner, essence, serum dan bahan ini untuk mengatasi masalah kulit berjerawat.

Biarpun mampu untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, ia tidak bagus dan perlu dielakkan sepanjang tempoh hamil kerana bersifat racun untuk bayi dalam kandungan.

2. Paraben

image is not available

 

 

Paraben sudah banyak digunakan di dalam produk kosmetik di farmasi dan bahan kimia di dalam kandungan ini boleh menganggu hormon kesuburan pada wanita hingga boleh berisiko mendapat penyakit kanser.

3. Retinol

image is not available

Retinol juga salah satu bahan yang sangat perlu dielak oleh ibu mengandung kerana zak aktifnya boleh meresap dalam aliran darah dan masuk ke plasenta.

Apabila berlakunya perkara itu, ia sememangnya buruk untuk pertumbuhan janin, hingga berpotensi bayi lahir dalam keadaan kurang upaya.

4. Hydroquinone

image is not available

Fungsi bahan ini adalah untuk mencerahkan kulit muka sekaligus melawan pigmentasi kulit tetapi daya serapnya yang terlalu tinggi membuatkan tidak bagus untuk seorang wanita yang sedang hamil.

Jika terus-menerus digunakan, bahan aktifnya boleh terserap di dalam aliran dadah dan menganggu pembesaran bayi.

5. Chemical sunscreen

image is not available

Chemical sunscren adalah bahan yang bekerja di bawah kulit muka kerana formulanya menyerap sinaran UV dan diubah menjadi panas supaya tidak boleh menembusi kulit wajah.

Biarpun efektif untuk menghalang dari terkena sinaran matahari, ia boleh menyebabkan berlakunya gangguan dalam perkembangan sistem saraf bayi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 year lalu

Panasnya, Habislah Kulit Wajah! Ubah Skincare Tanpa Belanja Banyak Bagi Lawan Masalah Ini