Ramai Tawar Diri Nak Jadi ‘Datin’, Datuk Fazley Yaakob Belum Terbuka Hati Nak Kahwin Baru – “Masih Sayang Bekas Isteri..”

LocalEntertainment
21 Aug 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui masih menyimpan rasa sayang terhadap bekas isterinya, Azrene Soraya meskipun hubungan mereka kini sekadar sahabat.

Menurut Fazley, 46, mereka lebih selesa berkawan baik dan fokus membesarkan anak-anak bersama tanpa status sebagai suami isteri.

Hubungan saya dengan bekas isteri Azrene masih baik, kami bersahabat selalu makan bersama dan luangkan waktu bersama anak-anak cuma bezanya kali ini bukan status sebagai suami isteri.

Anak-anak sudah faham dengan apa yang berlaku malah mereka melihat status saya sebagai bapa tunggal menguruskan semuanya sendiri dan tidak janggal.

Ya memang masih ada lagi perasaan kasih terhadap bekas isteri tapi kami sudah ada kata putus dalam hubungan… kami ikut segala ketentuan dan takdir tuhan.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan rumah tangganya bersama Azrene Soraya sudah berakhir selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Fazley mendedahkan hubungan mereka masih baik dan lebih selesa berkawan demi anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-21 13:55:45

"Betul Aku Dah Sendu, Harap Korang Support Sediakan RM300 Beli Video.." - Zarina Anjoulie

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved