Ramai Teruja Dapat Tahu ‘Port’ Sungai Tersembunyi Tepi Highway PLUS, Tapi Penduduk Pesan Berhati-Hati Sebab…

LocalTravel
9 Dec 2024 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok tentang tempat ‘healing’ tersembunyi yang boleh diakses dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora di Perak.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dan rakan-rakannya telah menunjukkan jalan untuk ke lokasi air terjun dan sungai yang tersembunyi di sebalik pemandangan bukit bukau di kawasan terbabit.

Lokasi itu hanya boleh diakses menggunakan motosikal dan mereka yang pertama kali ingin pergi ke situ bolehlah menaip ‘Lata Rambai 7’ di aplikasi Waze. Berdasarkan rakaman itu, mereka yang menunggang motosikal menghala arah utara telah membelok ke kiri untuk memasuki satu laluan tar yang agak sempit.

Difahamkan, selepas beberapa kilometer mereka akhirnya tiba di kawasan sungai yang boleh dijadikan tempat berkelah atau untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

image is not available

image is not available

Meskipun ramai teruja melihat lelaki itu dan rakan-rakannya meluangkan masa bermandi sungai, berehat dan sempat memancing, beberapa individu meninggalkan komen dan memberi peringatan kepada orang ramai.

Seorang individu yang merupakan penduduk di desa berdekatan berkata dia sendiri tidak berani untuk ke sungai itu kerana bermacam kisah buruk didakwa pernah berlaku antaranya kelibat ‘Pak Belang’ (harimau).

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 months ago

Dengan Bajet Hanya RM150, Korang Boleh ‘Healing’ Dekat Resort Ala Bali Di Hulu Langat Ini. Murahnya!