Ramai Teruja Sonny Bill Williams Akan Serta #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

21 Feb 2024 • 4:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak minggu lalu, ramai yang teruja apabila melihat bekas pemain ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams yang telah datang ke negara ini.

Malah berita kehadirannya itu turut dimaklumkan oleh bintang berkenaan dalam satu video di laman X. Bintang ragbi tersebut turut memberitahu dia tidak sabar untuk berjumpa rakyat Malaysia.

Sonny Bill Williams akan sertai Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra

Terbaharu, Sonny Bill Williams akan menyertai program #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Putrajayaku di laman X dalam satu hantaran pada pagi tadi. Program itu bakal diadakan pada Ahad (25 Februari ini), jam 5 pagi.

Program tersebut adalah anjuran kerajaan bersama Geng Subuh Macam Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia serta banyak lagi.

Turut adakan aktiviti Brisk Walk lepas solat jemaah subuh

Antara aktiviti yang bakal dilakukan dalam program tersebut adalah ‘brisk walk’ bersama bekas pemain ragbi berkenaan sebaik selesai solat subuh berjemaah.

Berita mengenai program tersebut secara tidak langsung turut menarik perhatian ramai khususnya peminat yang sudah lama meminati Williams.

Ramai teruja untuk turut serta mengimarahkan program

Melihat di ruangan balas ramai yang tidak sabar untuk menyertainya malah mereka turut dilihat mengajak rakan-rakan lain untuk sama-sama mengimarahkan program tersebut.

Bukan hanya itu, ada juga yang mengajak Williams untuk datang ke negeri mereka untuk melakukan kempen yang sama.

Walau bagaimanapun, setakat ini program ini belum lagi disiarkan oleh Masjid Putra mahupun Sonny Bill Williams di akaun media sosial mereka.

image is not available

image is not available

Sebelum ini kempen Geng Subuh Macam Jumaat ini telah dimulakan oleh penyanyi Alif Satar dan ia telah mendapat sambutan yang baik.

Malah ia turut menjadi ikutan bukan hanya di negara ini tetapi Singapura.