Ramai tumpang bahagia, puluhan ribu tonton live Ina Naim & suami

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 11:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lakukan siaran langsung bersama suami buat pertama kali, puluhan ribu tonton live Ina Naim bersama Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, orang ramai yang telah menyertai siaran langsung itu telah membuat tangkap layar video dan memuat naik semula di platform yang sama.

Puluhan ribu peminat tonton live Ina Naim

@ladywatie

Replying to @iseetiey Bahagia tengok Ina gembira. Takkan la nak bersedih seumur hidup kan. Beliau layak bahagia.

♬ original sound - Watie Amad | Live Host - Watie Amad | Live Host

Tinjauan mendapati siaran langsung Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim bersama Mohd Khairul Rizal memperoleh sebanyak 1.2 juta sukaan dan jumlah penonton melebihi 270,000 ribu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun itu berkata perwatakan Mohd Khairul Rizal sangat serupa dengan Allahyarham Suhaimi Saad disamping turut menceritakan persamaan itu.

Ramai yang tonton live Ina Naim bersama suami

image is not available

Mengimbau kembali, Ina berkata walaupun tidak memberikan hadiah yang mewah, Allahyarham suka membuat kejutan dengan memberikan Ina sekuntum bunga.

@umarmisnan

Ina naim suhaimi live tiktok bersama suami baru yang mempunyai banyak persamaan terutamanya suka bagi bunga Alhamdulillah syukur ya اللّٰه

♬ original sound - Umar Misnan - Umar Misnan

Tanpa penyanyi itu sangka, rupanya Mohd Khairul Rizal juga mempunyai sikap yang serupa dan kini Ina menerima kejutan bunga daripada suaminya itu.

“Sebelum ni, masa dengan arwah, dia selalu surprisekan saya dengan bunga walaupun sekuntum. Dia tak pernah bagi saya kereta Ferrari, kereta besar ke, rumah besar ke, takde. Tapi dia mesti bagi saya bunga.

“Sekali dapat yang ni pun, sama! Minggu ni dia beli bunga ni, minggu depan dia beli bunga lain pula sampai hari terakhir sebelum nikah tu.

“Dia belikan arwah Suhaimi bunga untuk letak di kubur dan saya pun dapat bunga. Banyak sangat bunga sampai saya terpaksa buang,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun, Ina menafikan dia mahu mengimbau kenangan bersama Allahyarham Suhaimi, namun dia hanya mahu menceritakan persamaan antara arwah dan Mohd Khairul Rizal.

Pada masa yang sama, Ina juga sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk tidak terlalu tertekan memikirkan kehidupan kerana setiap manusia tidak lari dari ujian.

“Kita ni hidup, jangan terlalu stress sangat. Ujian tu memang sentiasa ada, kesedihan, kesusahan, kesakitan, semua ada. Memang semua orang lalui.

“Tapi, kita sentiasa kena bersangka baik dengan tuhan. mesti allah bagi yang terbaik,” ujarnya.

Siaran langsung pertama dengan suami, puluhan ribu tonton live Ina Naim

image is not available

Pasangan pengantin baru itu juga kelihatan tidak kekok bergurau senda sesama sendiri atas usikan manja peminat sepanjang sesi penstriman langsung.

Sekadar info, Ina dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Sumber: TikTok ladywatie & umarmisnan