“Ramai Yang Kecam Kami..” – TheNoor Nafi Terlibat Dalam ‘Marketing’ L*cah Produk Neelofa

1 Jul 2024 • 7:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Syarikat aplikasi TheNoor menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dan membantah sebarang penggunaan imej berbaur lucah yang dikeluarkan jenama syarikat usahawan terkenal, Neelofa.

Nafi terlibat dalam kempen pemasaran

Maklum CEO bersama TheNoor, Mohd Izzairi Yamin, pihak mereka sama sekali tidak bersetuju dan mengecam tindakan penggunaan gambar ‘double meaning’ berunsur lucah yang menjadi tular tempoh hari.

Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.

Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.

Mengecam penggunaan gambar berunsur lucah

Pihak mereka juga mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran.

Izzairi juga memaklumkan pihak mereka komited untuk memastikan perkara itu tidak lagi berulang selain sedang menyelasaikan isu tersebut di peringkat dalaman.

Terdahulu, Nilofa Group yang merupakan syarikat kelolaan selebriti Neelofa telah mencetuskan kontroversi apabila mereka memuat naik beberapa foto seakan-akan kemaluan yang digunakan bagi promosi satu produk baru penjagaan wanita.

image is not available

Ia menimbulkan kecaman memandangkan imej Neelofa yang berpurdah dan didakwa tidak sesuai untuk mempamerkan ‘marketing’ produk seakan-akan ‘soft porn’ seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Jijik! From Someone Yang Dikenali Isteri Ustaz & Berpurdah" - Netizen Anggap Iklan Promosi Kesihatan Batin Produk Neelofa Keterlaluan?