Ramai Yang Salah, Lelaki Ajar Cara Betul Sebut “Brand” Fesyen Terkemuka Dari Perancis

Men's FashionWomen's Fashion
12 Jul 2023 • 8:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Yang Salah, Lelaki Ajar Cara Betul Sebut “Brand” Fesyen Terkemuka Dari Perancis

Barangan mewah dan berjenama merupakan produk atau koleksi yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini.

Walaupun harga sesuatu barangan mampu mencecah ribuan, puluhan ribuan malah ratusan ribu ringgit, peminat produk berkenaan masih akan membelinya.

Kegilaan membeli barangan berjenama ini bukan sahaja untuk kepuasan diri namun ia juga mampu memberi pulangan kepada pengumpul koleksi yang unik.

Kebanyakan lambakan jenama mewah kebiasaannya datang daripada negara-negara barat seperti Perancis, Amerika Syarikat, Itali dan lain-lain lagi.

Namun pernah terfikir tak bagaimana cara sebutan yang betul bagi produk-produk berjenama ini, khususnya yang berasal daripada Perancis.

Jenama seperti Dior, Chanel, Yves Saint Laurent, Louis Vuitton, Cartier, Hermes, Celine dan Givenchy merupakan produk dari negara Perancis.

Setiap produk tersebut mempunyai cara sebutan yang berbeza dengan apa yang selalu kita dengar atau sebutkan di Malaysia.

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsi tentang bagaimana cara sebutan yang betul bagi jenama produk dari Perancis ini.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @atfrenchies di akaun miliknya.

Berdasarkan perkongsian daripada dua orang lelaki tersebut, mereka akan mengajarkan bagaimana cara untuk menyebut jenama Perancis.

Dua lelaki terbabit telah memilih lima daripada lambakan jenama mewah daripada Perancis yang popular sebagai contoh dalam video muat naik berkenaan.

image is not available
Kredit TikTok

Lima jenama popular Perancis telah dipilih

Lima jenama yang diberikan contoh adalah Dior, Yves Saint Lauren, Chanel, Cartier dan Louis Vuiton.

image is not available
Kredit TikTok

 

Untuk mengetahui cara sebutan tersebut ikuti perkongsian video di bawah:

Perkongsian muat naik itu juga telah mendapat komen reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain.

Antara komen yang diberikan adalah:

“Ini sangat membantu sebenarnya,” tulis seorang netizen.

“Susah bebenor nak sebutnyo,” tulis seorang netizen daripada Malaysia di ruangan komen.

“Saya rasa, saya akan sakit tekak untuk menyebutnya,” tulis seorang netizen yang bergurau berkenaan cara sebutan jenama berkenaan.

Sumber: TikTok/@atfrenchies