
Ramai Yang Tak Tahu, Beyblade Kini Rasmi Jadi Salah Satu Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah
Sukan dan permainan merupakan antara salah satu komponen penting di sekolah yang bertujuan untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dalam aktiviti kokurikulum.
Penglibatan dalam pelbagai jenis sukan bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan, malah turut memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam pasukan.
Aktiviti sukan dalam kokurikulum juga berperanan penting dalam mengimbangi pencapaian akademik dengan pembangunan sahsiah diri pelajar secara menyeluruh.
Biasanya, antara sukan yang dimainkan adalah bola jaring, bola sepak, bola baling, hoki, badminton dan lain-lain. Jika dilihat kebelakangan ini, Beyblade telah menjadi salah satu permainan yang sering menjadi pilihan golongan kanak-kanak dan remaja.
Namun, tahukah anda, permainan ini telah rasmi diperkenalkan di sekolah dan telah menjadi salah satu aktiviti kokurikulum?
Beyblade telah rasmi diperkenalkan di sekolah
Pada tahun 2024 lalu, sukan yang dahulunya bermula dengan hobi ini telah diambil inisiatif daripada Rakan Muda bagi membolehkan pelajar sekolah mendapatkan markan dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
Malah, menurut perkongsian dari Kelab Gasing Beyblade (KGB) di Facebook, beyblade kini telah rasmi diiktiraf sebagai sukan di Malaysia.
Ini sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang memasukkan permainan itu dalam sistem pendidikan.
Oleh itu, KGB juga telah memperkenalkan Kelab Gasing Beyblade Sekolah bagi semua sekolah dan pelajar di seluruh negara.

"Sejak permulaan inisiatif ini, Kelab Sukan Gasing Beyblade terus melakar kejayaan demi kejayaan," kongsi KGB.
Dengan pengiktirafan rasmi sebagai sukan Malaysia, kelulusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai aktiviti kokurikulum sekolah, serta lebih 800 sekolah berdaftar.
Program ini akan dilaksanakan seperti mana-mana sukan lain yang diiktiraf dalam sistem sekolah, dengan BeyTRAINERS rasmi bertindak sebagai jurulatih dan mentor kepada pelajar yang ditetapkan.
“Cabaran terbesar dalam memperkenalkan Beyblade adalah untuk membuatkan mereka memahami bahawa permainan gasing ini bukan sekadar permainan biasa,” kata BeyTRAINER, Muhammad Azlan Kamaruzaman.
Ini bermakna, kerumitan permainan tersebut yang melibatkan binaan Bey, jenis Bey, teknik pelancaran serta strategi yang digunakan sepanjang permainan.
Malaysia Anjur Kejohanan Beyblade X Sea Cup Buat Julung Kali Sempena Ulang Tahun Ke-25 Beyblade
Bukan Biasa-Biasa, Kanak-Kanak Ini Bakal Wakili Malaysia Ke Beyblade Asia Championship 2019 Di Korea
Inisiatif ini akan dimulakan dengan pengagihan 1,000 stadium Beyblade dan 3,000 kit permulaan kepada pelbagai sekolah. Langkah ini merupakan sebahagian daripada matlamat besar “Road to 1,000”, iaitu usaha menubuhkan 1,000 kelab Beyblade sekolah di seluruh Malaysia. Program ini juga dijangka akan diperluaskan daripada peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah pada masa akan datang.
"Kami percaya ini hanyalah permulaan, kerana Hong Kong juga menjadi antara lokasi yang menyaksikan fenomena Beyblade menguasai media sosial.
"Malah, terdapat kedai permainan yang menjual beberapa Beyblade popular sehingga lima kali ganda daripada harga runcit asal. Fenomena Beyblade kini benar-benar semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai," katanya.
Kelab Sukan Beyblade anjurkan Training of Trainers
Tahun lalu, menerusi perkongsian dari @wyvern_adam di Instagram berkongsi pengalamannya menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk sukan ini.
Katanya, sekumpulan guru dari 170 buah sekolah di Selangor turut terlibat dan mereka hadir untuk menerima kit asas Program Sekolah serta mempelajari asas mengenai Beyblade.
"Jika ditanya kepada saya, 10 hingga 20 tahun yang lalu, perkara ini mungkin kelihatan mustahil. Permainan hanya dianggap sebagai permainan dan tidak akan menjadi satu sukan.
"Namun lihatlah hari ini, Beyblade kini telah menjadi sukan rasmi, dan saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada program ini," kongsinya.
Banyak peluang menanti
Kongsi KGB lagi, untuk anak-anak yang berminat untuk menyertai kelab ini, anda akan berpeluang untuk dilatih dengan Beymaster berpengalaman untuk melatih para pelajar.
Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk menyertai kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Bukan itu sahaja, tawaran ekslusif juga diberikan di setiap pembelian produk, khusus untuk ahli kelab.
Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, layari kelabgasingbeyblade.my
Anda juga boleh mendapatkan maklumat kejohanan yang bakal dianjurkan di negeri-negeri seluruh Malaysia.
