Ramalan Cuaca Signifikan, Potensi Hujan Berterusan & Pembentukan Garis Badai

LocalEnvironment
24 Oct 2024 • 3:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramalan Cuaca Signifikan, Potensi Hujan Berterusan & Pembentukan Garis Badai

Jabatan Meteorogi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan mengenai ramalan cuaca signifikan susulan Ribut Tropika Kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat menghala ke Vietnam.

Menerusi Facebook, METMalaysia berkata, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober ini.

Difahamkan, ia berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa rujuk laman sesawang rasmi MET Malaysia

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa sehingga 25 Oktober 2024

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober 2024,” kata METMalaysia lagi.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia.

Orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.