
Harga emas kembali menunjukkan pemulihan selepas mengalami tekanan kuat susulan keputusan Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC pada 16 September.
Fed menaikkan kadar ke julat 3.75%–4.00%, iaitu kenaikan pertama sejak 2023 atau lebih tiga tahun. Keputusan itu dibuat sebulat suara dan Fed turut memberi isyarat bahawa inflasi masih berada pada paras tinggi.
Selepas keputusan tersebut, emas pada awalnya jatuh ke paras terendah hampir enam minggu sebelum kembali melantun. Pada Khamis, emas meningkat lebih 1% sehingga sekitar $4,312 apabila dolar AS mula susut daripada paras tertinggi tujuh minggu.
Pasaran Mula Hadam Keputusan Fed
Tekanan terhadap emas selepas FOMC agak jelas apabila pasaran mula mengambil kira kemungkinan dasar Fed kekal ketat lebih lama.
Unjuran Fed masih menunjukkan kemungkinan satu lagi kenaikan kadar pada 2026, manakala pasaran kini dilihat lebih agresif berbanding unjuran Fed dalam menjangka kenaikan seterusnya.
Namun, selepas reaksi awal, dolar AS mula melemah dan ini memberikan ruang kepada emas untuk rebound.
Pergerakan harga minyak yang mula reda turut membantu mengurangkan tekanan inflasi dan memberi sedikit sokongan kepada aset emas.
Fokus Data AS Seterusnya
Selepas FOMC, tumpuan pasaran akan beralih kepada data ekonomi AS untuk menilai hala tuju dasar Fed seterusnya.
Antara perkara utama yang perlu diperhatikan ialah data pasaran buruh, aktiviti pembuatan, perbelanjaan pengguna dan inflasi.
Pasaran juga akan terus memerhatikan pergerakan US Dollar Index (DXY) dan hasil Treasury AS kerana kedua-duanya mempunyai pengaruh besar terhadap momentum XAU/USD.
Jika data ekonomi mula menunjukkan kelemahan, tekanan terhadap dolar dan hasil bon boleh berkurangan, sekali gus memberi ruang kepada emas untuk meneruskan pemulihan.
Sebaliknya, data yang lebih kukuh boleh menghidupkan semula jangkaan dasar Fed yang lebih hawkish dan memberi tekanan kepada emas.
Analisis Teknikal XAU/USD H1
[chart pair=”xauusd” period=”D1″]
Berdasarkan carta, XAU/USD membuat rebound daripada kawasan $4,235–$4,260 selepas kejatuhan mendadak pada awal sesi 17 September.
Harga kemudian membentuk siri higher low dan bergerak naik sehingga sekitar $4,360 sebelum kembali susut ke kawasan $4,308.
Buat masa ini, kawasan $4,300 menjadi paras penting untuk menentukan momentum jangka pendek.
Jika harga berjaya bertahan di atas $4,300 dan kembali menembusi $4,320, momentum rebound berpotensi membawa harga menguji $4,350–$4,360. Penembusan kukuh di atas zon tersebut pula boleh membuka ruang ke arah $4,400.
Sebaliknya, jika harga gagal bertahan di atas $4,300, tekanan jualan boleh membawa harga kembali menguji $4,280, sebelum zon sokongan utama sekitar $4,260.
Intraday Outlook
XAU/USD masih dalam fasa pemulihan selepas tekanan pasca-FOMC.
Selagi harga bertahan di atas $4,300, peluang untuk menguji semula $4,350–$4,360 masih terbuka. Penembusan bawah $4,280 pula boleh melemahkan struktur rebound dan membawa harga kembali ke $4,260.





