
14 Julai 2026. Emas kini bergerak mendatar selepas melantun daripada paras terendah lapan bulan bulan lepas. Malam ini pula bakal tentukan hala tuju seterusnya, sebab tiga gelombang data dan ucapan bakal keluar berturutan dari CPI jam 8:30 malam sampai subuh nanti, dan setiap satunya berpotensi ubah arah pasaran dengan cepat.
Paras $4,204.63 Jadi Fokus Utama
Harga emas kini bergerak sekitar $4,201.47. Tapi kalau nak fokus pada satu nombor sahaja malam ini, jadikan $4,204.63 sebagai rujukan utama.
Sepanjang Julai, emas belum berjaya tembusi paras ni secara konsisten. Selagi tiada penutupan candle harian di atasnya, momentum naik yang kukuh masih belum terbentuk.
Kalau paras ni berjaya ditembusi, harga berpotensi terus naik ke $4,282.93. Sebaliknya, kalau ia gagal ditembusi, apatah lagi disokong data inflasi yang tinggi dan kenyataan tegas daripada Warsh dan pegawai Fed lain, emas berisiko jatuh ke sokongan $3,642.94.
Kaitan Antara Kadar Faedah & Harga Emas
Sebelum masuk kepada acara malam ini, penting untuk faham satu prinsip asas, iaitu emas dan kadar faedah selalunya bergerak bertentangan arah.
Emas tidak beri sebarang pulangan bunga macam simpanan bank atau bon. Jadi bila jangkaan Fed akan naikkan kadar faedah semakin tinggi, semakin ramai pelabur pilih simpan duit dalam bentuk bon atau deposit yang beri pulangan, berbanding emas yang tak beri apa-apa faedah langsung.
Inilah sebabnya CME FedWatch penting dipantau. Alat ni ukur jangkaan pasaran terhadap tindakan Fed berdasarkan urus niaga sebenar. Kalau kebarangkalian kenaikan kadar faedah melalui CME FedWatch meningkat, biasanya emas akan tertekan. Sebaliknya, kalau kebarangkalian tu jatuh, emas dapat ruang untuk naik.
CPI Tentukan Arah Awal Malam Ini
Fokus utama pasaran jam 8:30 malam nanti ialah angka CPI. Kalau ia keluar lebih rendah daripada jangkaan, tekanan ke atas Fed berkurangan, dolar melemah, dan emas ada ruang untuk naik.
Sebaliknya, kalau angkanya lebih tinggi daripada jangkaan, ramai akan anggap ini bukti inflasi masih tinggi, terutama dengan gangguan bekalan tenaga di Timur Tengah yang belum selesai. Bila ini berlaku, kos memegang emas jadi lebih tinggi, dan harga pun tertekan.
Redbook Index jam 8:55 malam turut perlu dipantau, sebab ia beri gambaran sama ada perbelanjaan rakyat Amerika masih tinggi atau dah mula berkurangan.
Testimoni Warsh Jam 10 Malam
Kevin Warsh akan buat penampilan penting jam 10 malam nanti. Sejak mengetuai Fed, gaya percakapannya memang lebih berhati-hati berbanding Pengerusi sebelum ini.
Kalau dia nampak lebih risau tentang pertumbuhan ekonomi berbanding inflasi, pasaran akan anggap ini tanda Fed selesa untuk berhenti buat sementara waktu. Sebaliknya, kalau dia berkeras nak kawal inflasi, jangkaan kenaikan kadar faedah sebelum penghujung tahun akan meningkat.
Kalau paras $4,204.63 masih gagal ditembusi walaupun selepas testimoni ini, emas berkemungkinan terus tertekan.
Empat Pegawai Fed Bersuara Sehingga Subuh
Selepas tengah malam, Barr, Goolsbee, Cook, dan Bowman pula akan bercakap satu demi satu sehingga hampir jam 3 pagi. Goolsbee dengan Cook biasanya lebih berhati-hati dalam pendirian, sementara Bowman pula dikenali sebagai salah seorang paling berkeras dalam FOMC untuk kawal inflasi.
Gabungan pendirian keempat-empat mereka bakal tentukan hala tuju emas sebelum sesi tutup. Sebagai rujukan, CME FedWatch kini letakkan kebarangkalian 70.1% Fed akan kekal tidak bertindak pada mesyuarat 29 Julai.
Intipati Penting
- Paras $4,204.63 jadi penentu utama, tembusi ke atas boleh bawa emas ke $4,282.93
- Gagal tembusi, ditambah data tinggi dan kenyataan tegas Fed, emas berisiko jatuh ke sokongan $3,642.94
- Emas dan kadar faedah bergerak bertentangan arah, kebarangkalian kenaikan kadar faedah yang tinggi di CME FedWatch biasanya tekan harga emas
- CPI jam 8:30 malam penentu arah awal
- Testimoni Warsh jam 10 malam boleh ubah jangkaan kadar faedah
- Empat ucapan pegawai Fed dari tengah malam hingga 3 pagi tentukan penutup sesi
- CME FedWatch: 70.1% peluang Fed kekal tidak bertindak pada 29 Julai
Dengan susunan acara yang panjang begini, sentimen pasaran berpotensi bertukar arah lebih daripada sekali sepanjang malam. Sesiapa yang pegang posisi XAUUSD elok kekal berjaga sehingga sesi Asia dibuka esok.
Nak jumpa kami secara bersemuka? Singgah ke Invest Fair di Mid Valley Exhibition Centre pada 18-19 Julai 2026, di Booth 330, Hall 3. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise eksklusif Intraday, selagi stok masih ada!


