Ramalan Harga Emas XAU/USD: Fed Makin Hawkish, Mampukah Gold Selamat Malam Ini?

Business & Finance
24 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ramalan Harga Emas XAU/USD: Fed Makin Hawkish, Mampukah Gold Selamat Malam Ini?

Sentimen pasaran terhadap Federal Reserve masih hawkish. Selepas Fed menaikkan kadar 25 mata asas minggu lalu, data AS terbaru pula menunjukkan ekonomi masih kukuh. PMI September meningkat kepada 58.4, sementara kenaikan harga minyak terus menambah risiko inflasi.

Pasaran kini semakin menjangka satu lagi kenaikan kadar pada Oktober, menyebabkan US Dollar dan Treasury Yield terus menguat dan menekan emas.

Tumpuan Pasaran Gold Malam Ini

Tumpuan utama malam ini bukanlah Initial Jobless Claims. Data tuntutan pengangguran pada 8:30 malam dijangka sekitar 201,000, berbanding 196,000 sebelum ini. Angka ini boleh memberi sedikit petunjuk mengenai keadaan pasaran buruh, tetapi impaknya mungkin tidak cukup besar untuk mengubah keseluruhan sentimen Fed.

Sebaliknya, perhatian lebih besar diberikan kepada ucapan pegawai Fed Beth Hammack pada 8:50 malam dan Anna Paulson pada 9:00 malam. Minggu ini memang sarat dengan ucapan pegawai Fed kerana pasaran sedang mencari petunjuk selepas keputusan kadar September.

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Intraday Outlook

Jika nada Fed lebih hawkish: Jangkaan kenaikan kadar meningkat → USD naik → Gold semakin tertekan.

Jika nada Fed lebih dovish: Jangkaan kenaikan kadar reda → USD  → Gold berpeluang membuat rebound.

Buat masa ini, bias fundamental Gold masih bearish. Selagi Fed terus mengekalkan nada hawkish dan data AS kekal kukuh, ruang untuk Gold pulih masih terhad. Malam ini, trader perlu dengar betul betul apa yang dikatakan pegawai Fed kerana kenyataan mereka berpotensi mengubah semula jangkaan kadar dan arah XAU/USD.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved