KUALA LUMPUR, 13 DIS: Hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin depan (16 Dis).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Selain itu, Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin akan mengalami hujan berterusan untuk tempoh sama.
— BERNAMA
The post Ramalan hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu mulai 16 Disember appeared first on Selangorkini.



