Ramalan hujan lebat di KL, Selangor hingga 7 malam

25 Jan 2025 • 3:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu, cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department