Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

Business & Finance
3 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ramalan XRP: Geopolitik & Fed Jadi Risiko Kepada Pergerakan Harga

XRP kini berada sekitar $1.36 dan masih dalam fasa pembetulan selepas lonjakan kuat pada pertengahan Ogos.

Dari sudut teknikal, harga masih berada di atas zon sokongan penting, tetapi momentum kenaikan semakin perlahan.

[chart pair=”btcusd” period=”D1″]

Analisa Teknikal

Pada carta, XRP masih bertahan di atas $1.35, yang kini menjadi kawasan penting untuk menentukan hala tuju jangka pendek.

Support: $1.35 → $1.30 → $1.27
Resistance: $1.40 → $1.45

Jika berjaya pecah $1.40, XRP berpotensi menguji $1.45.
Jika gagal bertahan di $1.35, tekanan jualan berpotensi membawa harga ke $1.30 dan seterusnya $1.27.

Menariknya, aliran masuk ETF XRP masih positif dengan 11 sesi berturut-turut mencatatkan inflow, menunjukkan permintaan institusi masih ada walaupun harga sedang membuat pembetulan.

Risiko Geopolitik & Fed

Untuk malam ini, sentimen XRP turut boleh dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik sekitar Selat Hormuz dan konflik AS-Iran. Ketegangan tersebut telah meningkatkan harga minyak dan hasil bon AS, sekali gus memberi tekanan kepada aset berisiko termasuk kripto.

Pada masa sama, pasaran sedang memberi perhatian kepada data pekerjaan AS kerana ia boleh mengubah jangkaan terhadap keputusan kadar faedah Fed.

Jika data pekerjaan lemah, tekanan terhadap jangkaan kenaikan kadar boleh berkurang dan berpotensi membantu XRP. Sebaliknya, data yang kukuh boleh menguatkan dolar dan memberi tekanan kepada kripto.

Forecast malam ini: XRP dijangka bergerak sideways dengan kecenderungan bearish ringan selagi harga gagal menembusi $1.40.

Fokus utama adalah $1.35, bertahan di atas paras ini membuka ruang untuk pemulihan, manakala penembusan ke bawah boleh membawa XRP menguji $1.30–$1.27.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved