‘Ramalanku benar belaka’, amaran gempa bumi jadi kenyataan

16 Aug 2026 • 9:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ramalanku benar belaka’, amaran gempa bumi jadi kenyataan

JAKARTA – Tindakan seorang pemuda yang mahu memberi amaran kepada penduduk di pelabuhan supaya menyelamatkan diri beberapa jam sebelum gempa bumi melanda wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), tular di media sosial, lapor halaman media jakartainfoterkini.

Amaran tersebut tidak diendahkan dan hanya dijadikan bahan ketawa oleh warga setempat. 

Ini kerana pemuda berkenaan menyampaikan amaran tersebut sambil mendakwa dirinya sebagai Malaikat Mikail, menyebabkan penduduk menganggap dia cuma berhalusinasi.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas kejadian itu, gempa bumi benar-benar berlaku dan menggemparkan orang ramai.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 telah  menggegarkan luar pantai Pulau Flores di NTT, semalam dan  mengorbankan banyak nyawa dan memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri. – AGENSI

The post ‘Ramalanku benar belaka’, amaran gempa bumi jadi kenyataan appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved