Ramanan Anggap Kenyataan Azmin Tentang PRU Mengejut Hanya Permainan Politik

LocalPolitics
10 Feb 2025 • 3:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut pada hujung tahun ini.

Ramanan, yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menegaskan bahawa Mohamed Azmin sepatutnya sedar rakyat tidak mudah ditipu.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

“Kalau kita nak buat persiapan untuk pilihan raya (PRU) atau apa, tunggulah Perdana Menteri bubar Parlimen dan umumkan dahulu.

“Buat masa ni fokus kepada rakyat. Ini nak cuci tangan daripada tugas jaga rakyat, cakap nak buat persiapan untuk pilihan raya. Tak boleh ‘kelentong’ macam ni, rakyat tidak mudah ‘dikelentong’,” tegasnya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas beliau menyempurnakan Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Kota Damansara.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membayangkan kemungkinan berlakunya PRU mengejut pada hujung tahun ini.

Mohamed Azmin dilaporkan mengatakan bahawa perkara itu adalah antara yang ditegaskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua jentera parti perlu digerakkan sekarang.

Sumber: Kosmo! Online (Marlia Zakaria)