Ramasamy keluar DAP?

9 Aug 2023 • 5:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy dijangka mengumumkan keluar parti esok.

Sumber dalam parti mendakwa Ramasamy, yang telah bersama parti itu selama hampir dua dekad, akan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan pada PRN.

Awal hari ini, Ramasamy memaklumkan akan mengadakan sidang media, sambil menambah beliau mempunyai pengumuman “penting” untuk dibuat.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat David Marshel, yang meninggalkan DAP baru-baru ini dan kini bertanding sebagai calon bebas di Perai.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Ya, beliau akan umumkan (keluar daripada DAP) esok,” kata seorang veteran DAP yang enggan dinamakan kepada FMT.

Ramasamy adalah antara tujuh bekas Adun yang tidak dicalonkan pada PRN. Bekas Adun Perai tiga penggal itu memenangi kerusi itu pada 2008.

Bulan lepas, Ramasamy mempersoalkan sama ada DAP masih parti yang sama disertainya pada 2005, memetik ketiadaan ketelusan dan konsistensi dalam pengumuman calon.

Beliau berkata, beberapa penyandang tidak dicalonkan atas alasan parti itu mahu memperbaharu diri, tetapi “hakikatnya ramai calon lebih muda digantikan oleh calon yang lebih tua.”

Marshel juga bulan lepas memberikan amaran bahawa ramai yang akan keluar parti, terutama golongan berbangsa India, berikutan layanan DAP terhadap timbalan ketua menteri itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.