Rambo Castello Masih Ditidurkan, Keluarga Mohon Bantuan Kerajaan Bawa Pulang Dari Jogjakarta

LocalHealth & Fitness
13 Oct 2025 • 5:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat membantu membawa pulang beliau yang kini masih ditidurkan di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta, sejak 5 Oktober lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, anak ketiganya, Hafizul Fazli, 30, berkata mereka berharap urusan membawa pulang bapanya dapat dipercepatkan bagi memudahkan keluarga menjaga serta memantau keadaannya.

image is not available

“Sekarang saya dan ibu, Asiah Abdullah, 55, menumpang di hotel bajet di Jogjakarta untuk bergilir menjaga ayah di hospital. Setiap hari kami perlu menaiki Grab untuk ke sana, dan keadaan ini agak membebankan kerana memerlukan kos tinggi untuk penginapan serta pengangkutan,” katanya.

Menurutnya, jika bapanya dapat dibawa pulang dan dirawat di hospital berdekatan rumah, ia akan memudahkan urusan penjagaan serta mengurangkan beban keluarga.

“Kami sudah berhubung dengan pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memaklumkan keadaan ayah. Sekarang ayah masih ditidurkan, tapi kami tetap berharap dia akan sedar dan boleh dibawa pulang dalam masa terdekat,” ujarnya.

Hafizul turut memaklumkan bahawa dia akan berbincang dengan doktor pakar mengenai keadaan bapanya serta keperluan peralatan perubatan jika proses membawa pulang dijalankan melalui penerbangan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Kami hanya berharap keputusan positif daripada pihak hospital supaya ayah dapat segera dibawa pulang untuk menerima rawatan lanjut di Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Rambo Castello yang juga seorang penjawat awam dam pempengaruh media sosial, diserang sakit jantung pada 5 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Rumah Sakit Sardjito dan kini masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber: Buletin TV3 (Hidayatidayu Razali)