Ramlan Haron juara cipta lagu patriotik 1985

LocalMusic
12 Aug 2026 • 10:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ramlan Haron juara cipta lagu patriotik 1985

Pada 12 Ogos 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lagu berjudul ‘Permainya Bumi Bertuah’ yang dicipta oleh Ramlan Haron berjaya menjadi juara Pertandingan Mencipta Lagu Patriotik 85, mengalahkan sembilan orang peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir.

Permainya Bumi Bertuah‘ yang membawa kejayaan kepada Ramlan membolehkannya menggondol hadiah wang tunai RM3,000 serta sebuah trofi manakala lagunya turut dinyanyikan oleh peserta peringkat akhir Bintang RTM 1983, Maureen Stephen Santiago.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Ogos 1984 – Orkestra Philharmonic New York membatalkan kunjungannya ke Malaysia susulan bantahan daripada penduduk Islam mengenai sebuah lagu yang digubah oleh seorang penggubah Yahudi.
  • 12 Ogos 1985 – Doktor-doktor di Thailand mencadangkan penutupan bar-bar pondan sebagai salah satu cara bagi mencegah penyakit AIDS daripada dibawa masuk ke negara ini dari seberang laut.
  • 12 Ogos 1986 – Koperasi Serbaguna FELDA Trolak Utara Berhad berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40,084.45 bagi urusniaga sepanjang tahun 1984.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my

The post Ramlan Haron juara cipta lagu patriotik 1985 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved