Ramli, Alice Dipilih Timbalan Speaker

Politics
19 Dec 2022 • 3:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramli Mohd Nor - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Datuk Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) sekali lagi dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada sesi persidangan pertama Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Beliau kali pertama dilantik pada 1 Mac lalu menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dipilih ialah Alice Lau (PH-Ladang).

Ramli dan Alice masing-masing meraih 148 dan 146 undi.

Pencalonan itu dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Calon tunggal pembangkang bagi jawatan tersebut, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) sekadar memperoleh 74 undi.

Terdahulu, mantan Ahli Parlimen Sungai Petani dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Johari yang menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun memperoleh 147 undian selepas mendapat sokongan Ahli Parlimen.

Beliau adalah individu ke-11 dilantik untuk jawatan itu. - Getaran, 19 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved