Ramli Ngah Dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Baharu

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 1:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Ramli Ngah Talib kini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan, berkuat kuasa 1 Mei 2025.

image is not available

Ramli Ngah Dilantik TYT Pulau Pinang

Memetik laporan dari Bernama, pelantikan itu telah dimuktamadkan dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Beliau turut menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari ini.

image is not available

Ramli Ngah Dilantik TYT, berkuat kuasa 1 Mei

Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

Pelantikan Ramli dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029, menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang memegang jawatan itu sejak 2021.

image is not available

Majlis penuh bersejarah ini turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, dan beberapa tokoh penting termasuk Ketua Setiausaha Negara serta barisan kepimpinan Parlimen.

Ramli bukan asing dalam dunia politik negara. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak kelapan selama 17 tahun dari 1982 hingga 1999, sebelum menyandang pelbagai jawatan penting di peringkat persekutuan.

Pelantikan ini menandakan satu lagi detik penting dalam kerjaya panjang beliau dalam perkhidmatan awam dan kepimpinan negara.

Sumber: Bernama