Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai

5 Jul 2022 • 12:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syarikat pengumpul minyak masak kitar semula diserbu

Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Telah dilaporkan bahawa sebanyak 2,112 kg minyak masak bersubsidi yang bernilai RM5,272.50 berjaya dirampas oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri dalam satu serbuan.

Menurut Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata serbuan dilakukan berikutan maklumat dan pemantauan selama dua minggu ke atas sebuah kilang pengumpul minyak masak kitar semula di Senadin.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut

Dipetik dari Utusan Borneo, difahamkan bahawa syarikat berkenaan dipercayai telah membeli secara pukal dan menyorok minyak bersubsidi tersebut.

Dalam serbuan hari ini, pasukan penguat kuasa kita menemui 2,112 kilogram minyak masak dalam peket (bersubsidi). Ketika serbuan itu juga pegawai penguat kuasa kita mendapati terdapat aktiviti menggunting minyak masak peket 1kg yang kemudiannya dikumpul dalam dua tangki empat segi berkapasiti 1,000 liter untuk dijual ke peringkat industri,”

Menurut Joe Azmi Jamil yang juga mengetuai serbuan berkata susulan serbuan dilakukan, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun kelihatan sedang memindahkan minyak di stor kilang itu namun sempat ditahan untuk siasatan lanjut.

Mereka juga mendapati bahawa modus operandi sindiket tersebut adalah membeli minyak bersubsidi dalam paket daripada pelbagai jenama syarikat sebelum dipindahkan ke dalam tong besar dan dibungkus semula ke dalam tin untuk dijual kepada industri di sekitar Miri.

image is not available
Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Suspek gagal memberi sebarang dokumen

Beliau turut jelaskan dalam serbuan tersebut, suspek gagal memberi sebarang dokumen berkaitan untuk menyimpan barangan kawalan tersebut.

Minyak masak bersubsidi itu kemudiannya dirampas untuk tindakan lanjut manakala suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Beliau turut mengingatkan individu dan syarikat supaya tidak menyalahgunakan minyak masak bersubsidi yang dikhaskan untuk pengguna bagi tujuan industri semata-mata bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

image is not available
Rampas Lebih 2,000kg Minyak Paket Di Miri, KPDNHEP Serbu Syarikat Pengumpul Minyak Masak Terpakai. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Semalam, seorang lelaki berkongsi satu laporan polis di mana dia menyatakan dia terpaksa membayar caj tambahan bagi bagasinya sebanyak RM 560. Baca selanjutnya di bawah: