Rampasan Esscom bernilai RM33.291j tahun lalu

2 Apr 2023 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merekodkan rampasan barang kawalan serta dadah bernilai RM33.291 juta di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada tahun lalu, kata Komander Esscom Datuk Hamzah Ahmad.

Katanya, rampasan itu adalah hasil operasi di darat dan laut yang dikoordinasikan oleh Esscom dengan pelaksanaan 1,401,593 pemeriksaan terhadap individu, kenderaan dan bot sekali gus menghasilkan 1,003 tangkapan atas pelbagai kesalahan.

“Elemen penting yang mempengaruhi kejayaan operasi keselamatan pada tahun lalu adalah kerjasama baik antara pasukan keselamatan dan masyarakat di Esszone,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan sempena hari ulang tahun ke-10 Esscom di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Hamzah berkata Esscom yang ditubuhkan pada 10 tahun lalu terus unggul mempertahankan kedaulatan di wilayah pantai timur Sabah selain dapat menangani pelbagai jenayah rentas sempadan termasuk penculikan bagi wang tebusan.

“Kali terakhir kes penculikan melibatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf berlaku di Esszone pada 15 Jan 2020 dan antara sebabnya, kawalan keselamatan yang ketat yang berterusan termasuk pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah di Esszone (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan),” katanya.

Di samping itu katanya kerajaan sedaya upaya meningkatkan kawalan keselamatan di Esszone melalui pembinaan dan menaik taraf pos kawalan pasukan keselamatan sejak 10 tahun lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.