Rancak Buat Video Joget, PU Syed Tegur Para Pendidik – “Buat Benda Bermanfaat..”

EntertainmentOpinion
15 Mar 2026 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Menjelang musim perayaan, media sosial biasanya dipenuhi pelbagai kandungan berkaitan Hari Raya. Namun begitu, tidak semua trend yang tular mendapat sokongan semua pihak.

Terbaharu, pendakwah bebas dikenali sebagai PU Syed turut berkongsi pandangannya mengenai trend video joget yang sedang popular di TikTok.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi satu perkongsian di media sosial, PU Syed berpendapat golongan warga pendidik sepatutnya menghasilkan kandungan yang lebih bermanfaat berbanding sekadar mengikuti trend tersebut.

“Daripada buat content joget balik mana raya, sebagusnya warga pendidik buat rakaman takbir raya. Atau yang lebih bermanfaat. Trend joget ni seolah-olah tak boleh nak dibendung dah.. bakpelah jadi gini.”

image is not availableimage is not available

Menurutnya, kandungan seperti rakaman takbir raya atau video yang membawa nilai positif lebih sesuai dikongsi, terutamanya ketika musim perayaan yang penuh makna.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ada yang bersetuju dengan pandangannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-14 14:52:19

"Tukar RM100, Upah RM3, Dapat RM97, Haram Dilaknat" - UAI

The post Rancak Buat Video Joget, PU Syed Tegur Para Pendidik – “Buat Benda Bermanfaat..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.