Rancang bina pusat sehenti makanan tradisional, libat semua daerah

LocalFood
8 May 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Rancang bina pusat sehenti makanan tradisional, libat semua daerah

SHAH ALAM, 8 MEI: Sebuah pusat sehenti bakal dibangunkan di negeri ini bagi menempatkan makanan warisan dan kraftangan yang melambangkan identiti Selangor, kata EXCO kebudayaan.

Menurut Datuk Borhan Aman Shah, inisiatif itu memudahkan orang ramai termasuk pelancong menikmati pelbagai hidangan tradisional selain mengenali budaya Selangor dalam satu lokasi.

Meski Selangor membangun dari segi fizikal, perindustrian dan komersial, beliau berkata, sektor gastronomi perlu diperkukuh kerana ia turut memberi kesan kepada ekonomi negeri.

Image from: Rancang bina pusat sehenti makanan tradisional, libat semua daerah
Pengunjung menyertai pelbagai aktiviti ketika Festival Makanan Warisan Selangor di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 1 November 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

"Selangor ada makanan yang menjadi identiti tersendiri, (justeru) sesuai mempunyai pusat sehenti bagi memudahkan orang ramai merasai makanan warisan tanpa perlu menunggu perayaan atau majlis.

"Pusat sehenti ini juga akan menampilkan kebudayaan dan tarian seperti joget Selangor dan muzik cempuling. Malah, baju batik bunga tanjong sembilan kelopak boleh didapati di sini," katanya kepada Media Selangor.

Namun, jelasnya, usahawan yang mengusahakan makanan warisan di daerah masing-masing tetap digalakkan meneruskan perniagaan bagi memastikan kelangsungan produk tempatan.

Dalam pada itu, Borhan memaklumkan pihaknya dalam proses merangka kertas kerja bagi mewujudkan geran bantuan khusus untuk menyokong penggiat industri makanan warisan.

"Sebagai contoh, penggiat muzik cempuling dibantu daripada segi peralatan supaya kebudayan itu dipelihara, begitu juga sektor gastronomi perlu dibantu dalam bentuk geran sebagai galakan.

"Buat masa ini, hotel-hotel terkemuka juga mula memainkan peranan memperkenal makanan warisan seperti sate dan nasi ambeng kepada pengunjung," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved