Rancang Nak Nikah Bulan 6, Netizen Teringat Siti Sarah – “Arwah Marah Shuib Kahwin Lagi”

Entertainment
14 Apr 2023 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio, Shuib mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya, Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Shuib atau Shahmira Muhamad, Muhamad berkata persiapan perkahwinan mereka telah hampir siap sebanyak 30 peratus.

Dalam pada itu, pelawak berusia 38 tahun itu mengakui dia berasa malu untuk berkongsi mengenai berita tentang majlis perkahwinan mereka.

Saya tak nak majlis terlalu meriah, tak nak juga terlalu kecil-kecilan. Saya harap dapat buat majlis sederhana.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir peminat yang mengimbau semula kenangan arwah isterinya, Siti Sarah yang memarahi suaminya ketika bergurau untuk berkahwin lagi.

Namun, mereka tetap menyokong keputusan yang dilakukan oleh Shuib kerana menganggap dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik kepada arwah.

Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan bapa kepada empat cahaya mata itu berhak untuk mendapat kebahagiaan selepas apa yang dilaluinya sebelum ini.

image is not available

Malah, Shuib turut menegaskan bahawa arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada gantinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Sebenarnya Malu Nak Cerita.." - 30 Peratus Persiapan Sudah Siap, Shuib & Watie Bakal Nikah Jun Depan