Rancang Percutian Keluarga Menggamit Memori Bersama Airbnb

Travel
18 Apr 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Vila Kayu di Vila Kelapa Langkawi

Berada di minggu terakhir Ramadan membuatkan ramai yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Inilah masanya untuk berkumpul kembali bersama sanak-saudara. 

Bagi yang tidak meraikan Aidilfitri, pasti anda juga teruja untuk bercuti memandangkan anak-anak juga bercuti panjang sempena cuti pertengahan penggal pertama.

Kenyataannya, percutian bersama keluarga kini semakin popular selaras sektor pelancongan yang kembali pulih kepada tahap pra pandemik. Bercuti pada musim raya juga sudah menjadi kebiasaan, tidak seperti dahulu yang hanya tertumpu kepada aktiviti balik kampung semata-mata.

image is not available
Bayuh Sabbha Luxury Villa

Berdasarkan data yang dikumpul oleh platform penempahan penginapan dalam talian, Airbnb, perjalanan secara berkumpulan di Malaysia melonjak sebanyak 180 peratus di Airbnb tahun lalu berbanding tahun sebelumnya*, dan perjalanan keluarga di platform ini meningkat sebanyak 60 peratus di seluruh dunia berbanding tahun 2019 pra pandemik **.

Ramadan ini, Airbnb telah menyaksikan peningkatan hampir 600 peratus dalam carian penginapan di Malaysia

Bandar-bandar yang mendapat carian tertinggi musim perayaan ini termasuk Kota Kinabalu, Johor Bahru, Georgetown, Kuching dan Alor Setar. 

image is not available
George Town City Sanctuary

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, bagi penginapan mesra keluarga, tetamu mencari penginapan yang mempunyai lebih banyak ruang dan lebih nilai. 

“Ramai keluarga menempah penginapan Airbnb kerana ruangnya yang besar dan sesuai untuk meluangkan masa bersama, selain adanya kemudahan rumah seperti dapur dan mesin basuh, serta pilihan untuk tinggal bersama sebagai sebuah keluarga semasa tempoh perayaan ini.

''Antara kategori yang paling kerap ditempah di Malaysia untuk perjalanan keluarga tahun lalu termasuk percutian tropikal, kolam hebat, pantai dan taman negara," ulas beliau.

image is not available
Ghumah Chegu-Kampung House

Anda sendiri bagaimana? Percutian yang bagaimana menjadi idaman ada sempena Syawal ini?

Jika ingin menjadikan sambutan raya bersama orang tersayang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bolehlah jadikan penginapan di bawah ini sebagai pilihan. Semua penginapan ini boleh ditempah di Airbnb.  

Penampilan tradisional dengan sentuhan moden

image is not available
Luxurious Heritage House

Nikmati nostalgia menyusuri lorong kenangan dengan empat penginapan Airbnb yang menawan ini, yang setiap satunya menampilkan bilik tidur bergaya dengan bilik mandi en suite, patio persendirian dan dapur yang serba lengkap.

Nikmati jamuan raya yang menyelerakan dikelilingi oleh hiasan klasik dan juga semua keselesaan moden yang anda perlukan.

Percutian impian untuk pencinta alam semula jadi

image is not available
Kampung House Near Tea House, ATV & Tea Plantation

Bagi mereka yang mencari percutian yang menyegarkan, rumah-rumah kampung yang indah ini menawarkan persekitaran yang menenangkan dengan pemandangan panorama bukit yang menghijau, ladang teh dan sawah padi.

Tinggalkan kesibukan bandar dan berehat di beranda sambil mengenang hari-hari indah bersama orang tersayang. - Getaran, 18 April 2023 

image is not available
Vila Kayu di Vila Kelapa Langkawi

image is not available
Jungle Peak Villa

image is not available
Mekar Homestay, Bahau

image is not available
Ghumah Chegu-Kampung House

Berdasarkan data dalaman Airbnb yang melihat perjalanan keluarga di Malaysia, yang didefinisikan sebagai daftar masuk dengan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak, antara 1 Januari dan 31 Disember 2022.

** Berdasarkan data dalaman Airbnb yang melihat perjalanan keluarga, yang didefinisikan sebagai daftar masuk dengan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak, antara 1 Januari dan 31 Disember 2022.

**Berdasarkan carian untuk daftar masuk antara 23 Mac - 21 April 2023 berbanding 3 April - 2 Mei 2022, setakat S4 2022

**Berdasarkan peningkatan carian di Malaysia untuk daftar masuk pada tarikh 23 Mac - 21 April 2023 berbanding 3 April - 2 Mei 2022, setakat S4 2022