Rancangan Selangor rungkai semua aspek hidup rakyat, pacu ekonomi

27 Jul 2022 • 8:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tanjong Karang menyifatkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentangkan hari ini bakal merungkai pelbagai aspek kehidupan rakyat selain memacu pertumbuhan ekonomi.

Ketua Cabang Yahya Mat Sahri berkata pelan itu akan menjadi landasan pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun sehingga 2026.

“Kami juga berbangga kerana Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai rancangan seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pembentangan RS-1 tepat pada masanya dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

“Kami amat mengharapkan kesemua perancangan ini bukan sahaja cantik di atas kertas, bahkan turut diteliti daripada sudut pelaksanaan dan pengoperasiannya,” katanya.

Dato’ Menteri Besar hari ini buat julung kali dalam sejarah negeri membentang RS-1 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelan itu menggariskan 14 petunjuk makro bagi mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat.

Beliau berkata sasaran itu meliputi usaha mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.5 hingga 7.0 peratus setahun dan pelaburan sehingga RM35 bilion setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved