Rancangan untuk program AI di Sabah

LocalTechnology
16 Jun 2025 • 9:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Kolej Komuniti sedia memperkenalkan program atau kursus baharu berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan platform pengajian berasaskan kemahiran itu terus relevan dan setara dengan institusi pendidikan tinggi lain (IPT) di negara ini.

Perkembangan itu disifatkan selari dengan tuntutan tumpuan baharu kerajaan terhadap kemajuan pesat AI sekaligus memastikan Kolej Komuniti tidak terus berada di takuk lama dan menepis taboo yang menganggapnya sebagai kelas kedua dalam kalangan IPT.

Menariknya Kementerian Pendidikan Tinggi turut bersedia memperkenalkan bidang-bidang baharu berkaitan AI terbabit untuk ditawarkan dalam pengajian Kolej Komuniti kepada anak-anak muda di Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir percaya Kolej Komuniti perlu terus diperkasakan termasuklah meneroka bidang baharu seperti AI dalam usaha menyediakan tenaga mahir dan separa mahir untuk pasaran kerja.

“Kita mahu Kolej Komuniti terbuka seiring peredaran masa dengan menyediakan peluang pendidikan terbaik berasaskan kemahiran untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat memenuhi tuntutan peluang pekerjaan yang ada.

“Kita akan lihat semula peranan-peranan yang dimainkan oleh Kolej Komuniti berkaitan kesesuaian institusi sebegini untuk mula memperkenalkan bidang-bidang baharu seperti teknologi AI,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPeNKK) Negeri Sabah di sini pada Jumaat.

Sembilan JPeNKK yang dilantik melibatkan Kolej Komuniti Tawau (Murnih Mohd Tahir), Kolej Komuniti Lahad Datu (Mohamad Nizar Rusman), Kolej Komuniti Sandakan (Shahinah Sani) dan Kolej Komuniti Beaufort (Juriffah Safflie).

Turut dilantik, Kolej Komuniti Tambunan (Nik Mohd Nazri Nik Zawawi), Kolej Komuniti Penampang (Woritus Paulus), Kolej Komuniti Kota Marudu (Sagolah Chupoi), Kolej Komuniti Semporna (Roslan Jalaludin) dan Kolej Komuniti Papar (Redzuan Ismail).

Mengulas lanjut pengenalan program-program baharu terbabit disifatkan penting untuk tidak membiarkan Kolej Komuniti berada di takuk lama dari segi penyediaan kandungan kursus-kursusnya.

“Pendidikan AI sudahpun dimulakan di peringkat universiti melalui Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kita juga minta supaya semua universiti dapat menawarkan, menukar atau membuka program-program berkaitan AI.

“Kerajaan kita sekarang di bawah kepimpinan Perdana Menteri juga dari masa ke semasa sedang memantau perkembangan AI dan satu lagi berkaitan Teknologi Kuantum (QT),” katanya.

Ditanya status Kolej Komuniti yang tidak aktif, beliau berkata institusi-institusi pendidikan berkaitan masih dalam pemantauan dan Ketua Pengarah Kolej Komuniti diminta membuat penilaian semula.

>>>