Rangka Kerja Pendaftaran Syarikat Media Sosial Di Malaysia Disediakan SKMM Sebulan Lagi

TechnologyDigital
2 Dec 2023 • 6:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rangka kerja untuk pendaftaran syarikat-syarikat media sosial di Malaysia akan disediakan oleh Surujanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa sebulan lagi. Ini disahkan oleh Menteri Kementerian Komunikasi Digital (KKD) Fahmi Fadzil dalam sidang media yang dilakukan semalam.

image is not available

Hasrat kerajaan Malaysia untuk mewajibkan pendaftaran syarikat media ini diumumkan pada September lalu sebagai salah satu langkah untuk memudahkan pengawal seliaan platform. Kemudian awal bulan lalu Fahmi Fadzil sekali lagi berkata kerajaan sedang mempertimbangkan lesen untuk syarikat media sosial beroperasi di Malaysia.

Ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh Indonesia tahun lalu. Tempoh sebulan diambil untuk menghasilkan rangka kerja kerana keperluan mengumpul maklum balas selepas melakukan pertemuan dengan beberapa pengendali media sosial sebelum ini.

Fahmi Fadzil juga dipetik berkata kerajaan masih tidak bercadang menyekat platform media sosial tertentu pada waktu ini. Tetapi beliau menegaskan tindakan akan diambil sekiranya platform didapati membenarkan penyebaran kandungan ekstrem.