Rangka Manusia 14,000 Tahun Ditemukan Di Kelantan – Tertua Di Semenanjung Malaysia

WorldTechnologyDigitalSpace
14 Jun 2023 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasukan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengumumkan penemuan rangka manusia yang dianggarkan berusia 14,000 tahun di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri Kelantan. Ini menjadikannya rangka tertua yang pernah ditemukan di Semenanjung Malaysia melangkaui rangka Perak Man yang dianggarkan berusia antara 10,000-11,00 tahun.

image is not available
Gambar : BERNAMA

Pasukan arkeologi yang diketuai oleh Profesor Madya Zuliskandar Ramli telah memulakan kerja cari gali artifak di Lembang Neggiri sejak September lalu. Ia dilakukan sebelum keseluruhan lembah ini ditenggelami air Empangan Neggiri yang beroperasi menjelang 2027.

image is not available
Gambar : BERNAMA

Rangka di Gua Keledung Kecil ditemukan dalam posisi meringkuk seakan janin dengan pelbagai artifak purba di sekelilingnya. Tapak ekskavasi telah dibuka di 14 gua di Lembah Nenggiri bagi membolehkan artifak diselamatkan. Selain rangka manusia artifak dalam bentuk tembikar purba, tukul batu, batu kisar serta sisa makanan dalam bentuk kulit siput serta tulang haiwan telah berjaya dikumpulkan pasukan penyelidik.