Rangka Manusia Ditemukan Di Kawasan Lebuhraya Rawang Bypass

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 9:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rangka Manusia Ditemukan Di Kawasan Lebuhraya Rawang Bypass

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

“Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved