Rangka manusia tanpa kepala, tangan dijumpai terdampar di Pantai Merang

25 Mar 2024 • 12:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan rangka manusia yang tidak sempurna dijumpai terdampar di kawasan pantai berdekatan sebuah resort di Pantai Merang, di Setiu.

SETIU - Orang ramai di Pantai Merang di sini dikejutkan dengan penemuan rangka manusia terdampar berdekatan sebuah resort.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Hussin berkata, rangka tidak sempurna tanpa kepala dan tangan itu ditemukan orang awam pada jam 9.24 pagi pada Khamis lalu.

"Kita menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai rangka itu terdampar kira-kira 36.5 meter dari tebing pantai.

"Pihak polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mendapati rangka berkenaan hanya berseluar pendek gelap dan tidak berbaju.

"Kita juga tidak menemukan sebarang dokumen di tempat kejadian. Kita percaya rangka tersebut berada di situ kerana dibawa ombak," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Affandi memberitahu, pihak polis juga belum menemui petunjuk yang boleh membantu siasatan dan rangka berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai diminta untuk membantu pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat untuk mengenalpasti identiti si mati.

"Mereka juga boleh hubungi Che Ramli Che Ismail menggunakan talian-09-6022222 (Balai Polis Penarik, Setiu),"ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved