Rangka manusia tidak sempurna ditemui di tebing sungai

12 Dec 2023 • 1:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan K9 sedang membuat pemeriksaan di kawasan penemuan rangka manusia itu.

image is not available
Rangka manusia tidak sempurna ditemui di Tebing Sungai Malim pada petang Isnin.

MELAKA - Polis menemui rangka manusia yang tidak sempurna di tebing Sungai Malim, Taman Gadong Perdana di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan rangka manusia itu daripada orang awam yang sedang memancing pada jam 5.20 petang.

Menurutnya, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Unit K9 yang tiba di lokasi kejadian mendapati separuh daripada rangka itu didapati tertimbus dengan daun dan tanah.

"Rangka manusia itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.

**media[2458094]**

"Ia dipercayai telah diangkat naik dari sungai oleh jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja pembesaran sungai di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, siasatan lanjut di lokasi juga tidak menjumpai sebarang identiti si mati dan tiada sebarang unsur-unsur jenayah ditemui.